Petang tadi sedang aku sibuk di dapur untuk menyediakan juadah untuk berbuka, kebiasaannya Aiman akan turut serta berada didapur untuk menyibukkan diri. Ntah kenapa petang tadik dia tak de nak kacau2 kat dapur. Aman sikit kerja aku. Aku pun intai kejap dari dapur, aku tgk Aiman tengah bermain dengan adiknya Haziq. So akupun continuelah dengan bersilat di dapur menyediakan juadah berbuka.

Tak lama pastu adalah dalam lebih kurang 5 minit, Aiman gi dapur dan menghulurkan kotak rokok.

Aiman : “Ibu, nah…uwang” (buang) dlm bahasa dia yang tak brape nk betul lagik.

Ibu : hah!! Nasib kaulah ‘ROKOK'(itu je yang bleh aku ckp waktu tu)

Aku pun tengoklah kt ruang tamu tempat dia bermain bersama adiknya Haziq. Rupa2ya patutlah Aiman tak mau menyibukkan diri…sibuk golek2kan rokok tu kat lantai. Ayah dia letak kat atas TV, ntah macam mana Aiman boleh manjat ke atas cabinet TV yang agak begitu tinggi jugak untuk dia panjat. Sampai sekarang masih terfikir skill dia manjat nie. isk..isk..isk..