nyum…nyum..

yanmie 1

Nasi Kerabu Yan punye

Nasi Dagang Huby punye


Best sgt hari nie coz dapat gak akhirnya merasa makan nasi kerabu di bulan puasa nie. Puas mencari kat area klang nie…tak de satu kedai pun yang meniaga nasi kerabu.

Petang tadi masa YM ngan bestfriend namanya Lina tanya dia klu2 kat area Shah Alam ada yang jual nasi kerabu. Nasib baik ada satu kedai nie yang jual nasi kerabu. Yan ngan Huby petang tadi dalam kira2 dekat kul 5 lebih arr gi PKNS shah alam mencari nasi kerabu tu, siap deal ngan Lina lagik nk jumpa kat ner, maklumlah dah dua tahun tak jumpa ngan dia, rindu sangat…

Kami janji jumpa kat depan kedai Bata kat PKNS, tapi dah huby parking kt depan SACC Mall so kena masuk gak arr SACC Mall tu utk pegi ke PKNS Kompleks. Tengah berjalan2 kat SACC Mall terserempak ngan Lina kat depan kedai Bata tapi bukan kat PKNS Kompleks, Malah kat SACC Mall, dia tengah jln2 ngan hubynya sementara menunggu yang ngan huby sampai. Kebetulan plak jumpa kat depan kedai Bata SACC Mall tapi bukan kedai Bata kat PKNS Komples. ala kira jodoh kami memang kuatlah tu untuk berjumpa setelah 2 tahun tak tahu kabar berita sehinggalah yan mula aktif online internet semula. Alhamdulillah ya Allah kerana dah mempertemukan Yan dengan sahabat yang paling yan sayang dan sporting gile.

Sebelum nie dlm YM dengan Lina dia ada kata nak belanja Nasi kerabu..wah best nie yan kata. Dan petang tadi tengah order nasi kerabu, bleh plak dia guna trik nk tipu skit, dia pun nk nasi dangang gak. Masa nak bayar tu cepat2 je dia bayarkan tuk yan, pastu siap bagi ngan nasi dagang sekali. la rupanya dia beli nasi dangang bukan tuk dia tapi tuk huby Yan. Tima kasih Lina. Pasnie tak yah lah nk pos nasi kerabu ye…Aiman pun tak rugi…siap dapat roti john lagik dari Untie Lina.

Tapi petang tadi tak berbuka pun ngan Lina dan hubynya. Jumpa kejap je, kira oklah jumpa jugak. coz yan ada kerja2 yang patut diselesaikan, dan Aiman nie klu nk mkn kat kedai tak leh caye sikit bdk nie…sat gi mulalah buat perangai..so tak nak rosakkan time berbuka diorg. Semasa on the way balik, waktu berbuka pun dah tiba, so buka kat dlm keta minum air je, sambil2 makan roti john aiman yang Untie Lina dia belikan. “Lina weiii…akupun makan roti john tu…hehehee…Aiman takleh nk habiskannya” hikhikhik…

Apa2pun thanks kat ko Lina dh belanja Yan nasi kerabu yang sedap, nasi dangang dan roti john (Roti John tak sempat nk snap..dh habis dlm keta..)

One thought on “nyum…nyum..

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge

Next Post

Hari yang meletihkan...

Hampir 2 hari yan tak memposting kat blog nie, teras rindu sangat kat blog dan teman2 semua. Dua hari nie busy teramatlah sangat. sehingga nak online pun tak de masa langsung. now ok sikitlah. dah lah semalam tido brape jam jerk…anak2 berjaga sampai kul 5 pagi baru tido, diorang pun […]

Subscribe US Now