Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu
Si ibu segera mengesatkan tangan di apron dan menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.
Jumlah bayaran membantu ibu
Tolong pergi ke kedai RM 2.00
Tolong jaga adik RM 2.00
Tolong buang sampah RM 1.00
Tolong kemas bilik RM 2.00
Tolong siram bunga RM 2.00
Tolong sapu sampah RM 3.00
Jumlah : RM 12.00
Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak
sambil membelai kepala si anak
Si ibu mengambil sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama
Bayaran mengandungmu selama 9 bulan – PERCUMA
Bayaran berjaga malam kerana menjagamu – PERCUMA
Bayaran air mata yang menitis keranamu – PERCUMA
Bayaran kegusaran kerana mengkhuatirkanmu – PERCUMA
Bayaran menyediakan makan minum, pakai & keperluanmu – PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku – PERCUMA
Air mata si anak berlinangan setelah membaca apa yang dituliskan oleh si ibu
Si anak menatap wajah ibunya
memeluknya dan berkata “Saya Sayang Ibu”
Kemudian si anak mengambil pen dan menulis $*@LANGSAI*$ pada muka surat yang ditulisnya.