Kekejaman di Bumi Palestin


Semalam lepas aje Yan memposting pasal list produk utk memboikot Israel
hubby minta Yan print outkan 5 copy katanya..
nak kasik kat kengkawan..
baik sungguh hubby Yan kan??…Yan fhm niat murninya itu


apa tidaknya mmg menyedihkan apa yg berlaku di bumi Palestin..
teramat sedih, sayu, pilu..segala perasaan ada..
kekadang tu rasa x sanggup nk tgk kekejaman yg berlaku disana
hati kecil ini begitu tersentuh dek melihat mayat2 saudara kita..
anak2 kecil yg tidak tahu apa2 lagik menjadi mangsa kekejaman..
anak2 yang seusia dgn anak2 Yan..

Tiap kali melihat berita..Air mata x pernah kering..
sedih melihatkan kekejaman yg belaku di bumi Palestin..
lagik2 Yan nie mmg mempunyai sifat yg mudah tersentuh..
Ya Allah lindungilah saudaraku di sana..
semoga semuanya cepat berakhir Ya Allah..
hambamu ini tidak sanggup lagik melihat kekejaman di bumi palestin..
begitu menyayat hati..

Dengan ini sama2lah kita memohon doa kepada-NYA
dan bersolat hajat serta membaca Doa Qunut Nazilah
agar kekejaman di bumi palestin berakhir…Muda2han..Amin..

Teruskan berdoa Qunut Nazilah seperti di atas, Allah sedang mendengar rintihan dan permintaan kita ketika ini, kejayaan semakin hampir…Ya Allah hancurkan kumpulan mereka, porak perandalah pakatan mereka….

Terjemahan Doa:

Ya Allah, kami letakkan Kamu dibatang leher musuh kami, dan kami berlindung dengan Mu dari kejahatan mereka, Ya Allah leburkan kumpulan mereka, kacau-bilaukan persatuan mereka, cerai-beraikan pakatan mereka, goncangkan pendirian mereka, hantarkan anjing2 kam ke atas mereka, wahai Tuhan Yang Gagah Perkasa, wahai Tuhan Yang Tuhan Yang Bersifat Murka, Ya Allah 3x, wahai Tuhan Yang Menurunkan Al-Quran, wahai Tuhan Yang Mengerakkan Awan, wahai Tuhan Yang Menewaskan Bala Tentera Ahzab, kalahkan mereka, menangkanlah kami ke atas mereka…amin

You Might Also Like

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge