Makanan yg Menurunkan kadar Kolesterol


Bagi yang ingin menghindari masalah kolesterol
ada baiknya jika anda mula mempertimbangkan makanan sihat antikolesterol
Berikut disenaraikan beberapa makanan terbaik
yang boleh membantu menurunkan kadar kolesterol
dan melindungi serta pembuluh darah anda

Bubur Gandum dan Oat

Oat mengandungi serat larut (soluble fiber)
yang boleh menurunkan kolesterol tidak baik (LDL) anda
Soluble fiber juga boleh ditemui pada makanan lain seperti kacang buncis, epal, buah pir, barli dan buah prun
Serat yang larut diyakini mampu menurunkan penyerapan kolesterol
dalam proses pencernaan anda
Mengambil 10 gram lebih serat larut setiap hari dapat menurunkan kadar L
Setiap 1 ½ cawan oat yang anda makan mengandungi 6 gram serat
Jika anda tambahkan buah-buahan seperti pisang, anda menambah 4 gram lebih serat

Walnut, Kacang Tanah dan jenis-jenisnya


Pelbagai kajian menunjukkan walnut boleh menurunkan kolesterol dalam darah.
Kacang ini mengandungi banyak asid lemak tak tepu (polysaturated fatty acids) yang dapat membuat pembuluh darah tetap sihat dan elastik
Kacang badam juga memiliki kebaikan yang tidak jauh berbeza
Penurunan kolesterol boleh anda rasakan selepas mengamalkan pemakanannya selama empat minggu

Diet untuk menurunkan kolesterol dengan 20 peratus sumber kalori berasal dari walnut dikatakan dapat menurunkan kadar kolesterol LDL sehingga 12 peratus.
Kekacang umumnya berkalori tinggi.
Hanya dengan segenggam kekacang yang tidak melebihi 57 gram cukup memberi kebaikan untuk anda.
Namun, harus anda ingat, jika anda mengambilnya dengan makanan lain, jangan berlebihan.
Makan berlebihan boleh membuat anda kegemukan dan meningkatkan risiko serangan jantung.

Ikan dan asid lemak Omega-3

Banyak kajian yang dilakukan berkenaan dengan asid lemak omega-3 mengatakan bahawa ia mampu menurunkan kolesterol dalam badan. Asid lemak omega-3 mengatakan bahawa ia mampu menurunkan kolesterol dalam badan. Asid lemak omega-3 juga membantu jantung dengan pelbagai cara seperti menurunkan tekanan darah dan menekan risiko pembekuan darah. Pada pesakit yang sudah mengalami serangan jantung, minyak ikan atau asid lemak omega-3 dikatakan berkait secara signifikan dengan penurunan risiko kematian mendadak.

Para doktor biasanya menyarankan memakan ikan minimum dua kali seminggu.
Antara sumber makanan yang kaya dengan omega-3
adalah seperti ikan makarel, ikan herring, sardine, tuna albacore dan tuna.
Perlu diingati untuk mempertahankan faedah ikan bagi kesihatan,
sebaiknya ikan dipanggang atau dibakar di dalam oven.

Minyak Zaitun

Minyak Zaitun mengandungi campuran antioksidan yang berpotensi untuk menekan kolesterol tanpa mengganggu kadar kolesterol baik (HDL) anda.
Badan FDA menyarankan agar kita mengambil sekitar 23 gram minyak zaitun setiap hari untuk menjaga jantung agar tetap sihat
Cara terbaik menambah minyak zaitun di dalam menu anda adalah dengan mencampurkannya dengan sayuran, perencah basah atau mencampurkannya dengan cuka sebagai pelengkap salad
Anda juga boleh menyapu sedikit pada daging sebagai pengganti mentega.

Beberapa kajian menyarankan bahawa kesan minyak zaitun dalam penurunan kolesterol adalah lebih besar jika anda menggunakan minyak zaitun tulin
Minyak jenis ini tidak melalui proses pengolahan dan penambahan zat kimia yang diyakini mengandungi lebih banyak antioksidan yang menyihatkan

Sumber dari SINI

You Might Also Like

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge