Ujian Keletihan



Ingin mengetahui tahap keletihan badan anda? Anda akan mengetahuinya dengan menjawab persoalan-persoalan berikut :-

1. Tidak dapat bangun dari tidur tepat pada masa dan selalu melengah-lengah masa.
2. Tidak bermaya untuk berjalan.
3. Tidak suka berkomunikasi dengan orang ramai.
4. Malas bercakap. Rasa tidak bermaya dan lemah.
5. Malas bergerak terutamanya selepas duduk.
Sentiasa berangan-angan kosong.
6. Sentiasa tersasul apabila bercakap ataupun menulis.
7. Kurang daya ingatan. Mudah terlupa walaupun pesanan yang baru diterima.
8. Sentiasa rasa tidak bertenaga atau lemah.
Bergantung kepada ‘kafein’ untuk memberi tenaga.
9. Mulut tawar, deria rasa berkurangan, tidak berselera makan,
suka mengambil perasa dalam makanan.
10. Merokok dan mengambil minuman keras yang terlalu kerap.
11. Telinga berdengung, pening kepala, mudah pitam, cepat marah.
12. Mata letih, seringkali bersanggap (menguap).
13. Rasa bahagian badan berat terutama pada bahagian perut dan ke bawah,
gemar meletakkan kaki di atas meja semasa berehat.
14. Sukar untuk tidur, terlalu banyak berfikir, kerap mimpi.
15. Selalu mengantuk, kelenguhan otot-otot.

KEPUTUSANNYA :
Jika anda mengalami 2 hingga 4 perkara di atas, anda mungkin sedang mengalami sedikit keletihan. Tetapi sekiranya anda mengalami 5 perkara dan ke atas, tahap keletihan anda adalah kritikal. Anda mungkin mengalami masalah penyakit tertentu.

Sumber dari SINI

Khasiat Kacang Soya



Korang suka tak minum air kacang soya?
kalau korang buat air soya tu sendiri kan
jangan buang tau hampasnya, ada gunanya tu

Jemur hampasnya sampai kering
lepas tu simpan dalam bekas kedap udara
kalau nak gunakan hampas tu
amik beberapa camca hampas, lepastu bancuh dgn air suam
gosok dan sental pada seluruh badan time nak mandi tu
hasilnya badan lebih bersih lembut dan cerah
hampas nya jugak boleh dicampur dgn putih telur utk dijadikan mask
cubalah…hasilnya tentu mengkagumkan..

Selamat mencuba ok..
yan lak rasanya mmg xdpt nk cuba..huhu
coz nak buat air soya pun x reti…hehehe

Sumber dari SINI

Diet Harian


Benda perlu dibuang dari diet harian

Sirap jagung.
Gula; sukros.
Snek yang mengandungi lemak-trans atau sirap jagung fruktos.
Gorengan tenggelam; suhu-tinggi.
Sup dan sos berkrim.
Makanan yang diproses umpama hotdog atau makanan beku lemak-tinggi.
Cookies, kek bijirin sarapan yang penuh gula.

Benda perlu ditambah ke dalam diet harian:

Sayur segar atau beku.
Daging merah.
Air dan minuman yang tidak dimaniskan umpama teh hijau dan koko.
Kuih-miuh buatan rumah yang tidak ditambah gula.
Buah segar.
Lemak monotaktepu umpama minyak kelapa, zaitun dan kekacang.
Roti ‘wholegrain’, nasi beras perang dan serat.

Diet tidak perlu terlalu ketat, tidak perlu menggunakan perbelanjaan yang tinggi dan tidak perlu masyhur hingga perlu tersenarai di Senarai Bestseller. Ia hanya perlu mudah diikuti setiap hari. Pilihan-pilihan yang menepati keutamaan dan gayahidup kita. Dalam kata lain, diet harian yang mampu diikuti sepanjang hayat.

15 Minute Desk Workout


Sapa kata org keje opis xleh nk bersenam
jgn jdkan alasan ok..ewah!!!
yelahkan bila dh keje opis nie pergerakan kita mmg xbnyk
lagik2 klu jari2 aje yg bergerak

nak2 plak lepas breakfast dan lunch
kita terus duduk meneruskan kerja2 opis..huhu
dah tentu lelemak berkumpul kat perut dan peha
sangat2 tak suka ok lemak kat perut dan peha tu
yg paling mencik tang peha..sgt2 buruk..huhu *akulah tu*
tang perut ok lg..hhehehe..maintain gitu..ahaks..ahaks..

[youtube=http://www.youtube.com/watch?v=iQgLd1fmre4]

See Yan jumpa video workout tu
so pasni leh lah korang yg keje opis tu buat workout
so dh xde alasan dh utk kata xblh nk besenam
sesekali curi masa utk lakukan senaman tu
senaman tu penting untuk kesihatan dan jantung kita

rasanya korang blh sgt2 buat senaman nie
blhlah bg bdn berpeluh sikit
yelah keje pun duk kat aircond..dh tentu xde peluh2kan..hehe

psstt!!! sebelum buat workout nie, intai2 dulu
kang kantoi lak ngan bos..hehehe..
buatnya bos ckp nk bersenam pegi GYM lah..hehehe

Tag Award dari Kak Chik



Terima kasih pada Kak Chik yang sudi bg award nie pada Yan
sebelum tu ada TAG yg perlu dijawab sebelum menerima award nie
jom layan TAG yg beraward nie..

Peraturan nak jawab tag ni ialah:

1. Copy badge “2009 Cute’s 3logger Award” untuk diletakkan di blog anda.

Dah tempek kt atas tu

2. Link/ceritakan kembali siapa yang memberikan award ini kepada anda.

Dah bgtau kat atas tu, Kak Chik seorang yg suka sangat membaca

3. Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya (anda di-tag).

Sedang berdiet, ada 6kg lg nk kena nyahkan dr bdn..huhuhu

Suka lepak kat kelab diet

sejak berdiet sgt2 minat tempe dan tauhu..hehehe

Sejak dh beli timbang digital, keja asik nk timbang aje..hehe

Suka buat reka grafik tak kisah ler grafik apa pun

Suka bawa anak gi Playground

Suka sgt mkn McD sampai terlupa nk Boikot..ehehe

Sangat suka bila hubby berikan perhatian dan berikan hadiah

semestinya suka shopping..hehehe

Rajin memasak, ini mmg x dpt di nafikan..ewah!!!

4. Anda perlu memilih 6 penerima award seterusnya dan menyatakan nama mereka di blog.

Kak Raihan

Sis Lin

Kak Ina KL

Zahirah

Kak Su

Ejdeejasmi

5. Jangan lupa untuk melawat blog mereka dan meninggalkan komen yang menyatakan:
“anda telah di tag – sila layari blog saya untuk mendapatkan award anda”

Ok..jap lg yan bg tau diorg…

Oklah itu aje TAGnya..senangkan..
so pada mereka2 diatas nie dialu2kan untuk menerima award tersebut
Tanda
PERSAHABATAN diantara kita

Khasiat pisang


Nak tahu, dalam diet Yan menggabungkan pengambilan pisang
ikutkan tak blh amik coz karbo dia tinggi
tapi memandangkan pisang kalorinya rendah 1 biji 38 kalori aje
so yan memasaukan pisang dlm menu diet yan
lagik2 skrg nie Yan dh buat morning banana diet
pasal morning banana diet tu later yan post entry nya ok!
jom kita tgk dulu apa yg specialnya ngan pisang nie..

Gambar minta dari en.google *comei je pisangnya*

Perhatian: Jangan sekali-kali menyimpan pisang dalam peti sejuk. Lepas baca anda semua pasti akan pandang tinggi pada buah pisang.

Pisang mengandungi 3 jenis gula semulajadi – sukrosa, fruktosa dan glukosa yang digabungkan dengan gentian. Pisang memberikan tenaga kepada manusia dengan kadar segera dan berterusan. Kajian yang telah dibuat menunjukkan bahawa 2 biji pisang mempunyai cukup tenaga untuk senaman selama 90 minit. Tidak hairanlah pisang dijadikan buah utama kepada atlit terkenal dunia. Bukan itu saja, malah pisang juga amat sesuai untuk mencegah dan merawat beberapa jenis penyakit, menjadikannya amat sesuai dalam pemakanan kita seharian.

Tekanan:
Merujuk kepada survey terbaru yang dijalankan oleh MIND terhadap pesakit-pesakit tekanan jiwa, kebanyakan daripada mereka kembali pulih selepas makan pisang. Ini kerana pisang mengandungi tryptophan, iaitu sejenis protin yang bertukar kepada serotonin dalam tubuh manusia, yang menyebabkan kita tenang, mengembalikan mud dan secara amnya membuatkan kita berasa gembira.

PMS:
Lupakan pil-pil hospital – makan sahaja pisang. Vitamin B6 yang terkandung mampu meneutralkan paras glukosa dalam darah, yang boleh mengembalikan mud anda.

Anemia:
Dengan kandungan zat besi yang tinggi, pisang mampu mengawal pertumbuhan hemoglobin dalam darah, yang secara tak langsung membantu dalam kes-kes anemia.

Tekanan Darah Tinggi:
Buah tropikal unik ini mengandungi kadar potassium yang tinggi – garam rendah, menjadikannya sempurna untuk menstabilkan tekanan darah.

Kuasa Minda:
Kajian dibuat terhadap 200 pelajar di sebuah sekolah di mana semasa peperiksaan dijalankan, mereka diberi makan pisang untuk sarapan, rehat, dan makan tengahari. Keputusannya, buah pisang yang mengandungi kadar potassium yang tinggi dapat membantu pembelajaran dengan menjadikan pelajar-pelajar itu lebih cekap (alert).

Penghadaman:
Gentian tinggi, jadikan pisang sebagai diet seharian anda pasti membantu menstabilkan tindakan usus kecil dan besar.

Keletihan:
Salah satu cara terbaik untuk mengurangkan keletihan ialah dengan membuat minuman pisang susu campur madu. Pisang bertindak menyejukkan perut dan dengan bantuan madu dapat membina semula kandungan gula dalam darah yang berkurangan akibat keletihan, manakala susu pula memperbetulkan sistem hidrasi semula anda.

Panas Jantung:
Pisang mempunyai kesan anti-asid semulajadi dalam badan. Oleh itu, jika anda menghadapi rasa panas di jantung, cuba makan pisang untuk pemulihan yang baik.

Demam Pagi:
Jadikan pisang sebagai snek setiap hari untuk membantu memelihara kadar gula dalam darah untuk mengelakkan demam pagi.

Gigitan Nyamuk:
Sebelum menggunakan krim gigitan serangga, cuba sapukan kawasan bekas gigitan nyamuk dengan lapisan dalam kulit pisang. Ramai yang telah berjaya mengatasi kegatalan akibat gigitan nyamuk dengan cara ini.

Saraf:
Pisang mengandungi kadar vitamin B yang tinggi yang dapat membantu menenangkan sistem saraf anda.

Obesiti dan Tekanan Kerja:
Kajian di Institut Psikologi di Austria mendapati tekanan kerja menjadi pemangkin kepada pengambilan makanan seperti coklat dan kerepek. Berdasarkan 5,000 pesakit hospital, kajian mendapati kebanyakan pesakit obes membuat kerja-kerja tekanan tinggi. Laporan juga menyatakan, untuk mengatasi masalah ini, kita perlu mengawal kadar gula dalam darah dengan mengambil makanan karbohidrat tinggi setiap 2 jam untuk mengekalkan kadar yang stabil. Makanlah pisang.

Ulser:
Pisang amat baik dalam pencegahan ulser kerana ia bersifat lembut dan tidak mencederakan organ dalaman kita. Ia juga bertindak sebagai peneutral lebihan asid serta mengurangkan kepedihan dengan bertindak menyaluti lapisan dinding perut kita.

Kawalan Suhu:
Ramai yang percaya bahawa dengan memakan pisang, ia dapat menurunkan suhu kedua-dua fizikal dan emosi kepada ibu-ibu mengandung. Di Thailand sebagai contoh, ibu mengandung mengambil pisang untuk memastikan bayi yang dilahirkan itu menjadi seorang yang penyabar (cool).

Seasonal Affective Disorder (SAD):
Penyakit ini merupakan simptom yang terjadi akibat daripada kurangnya pendedahan kepada cahaya matahari. Pisang dapat membantu pesakit ini kerana ia mengandungi tryptophan semulajadi yang membaikpulih mud kita.

Ketagihan Rokok & Tembakau:
Pisang dapat membantu perokok yang ingin berhenti merokok. Vitamin B6, B12, potassium dan magnesium yang terdapat dalam pisang, ia dapat membantu tubuh kita dalam membaikpulih kesan nikotin terhadap tubuh.

Stres:
Potassium merupakan bahan mineral vital, yang membantu menormalkan degupan jantung, menghantar oksigen kepada otak dan mengimbangi kandungan air dalam tubuh. Bila kita stres, kadar metabolisma kita naik, menyebabkan kadar potassium menurun. Keadaan ini dapat diimbangi semula dengan bantuan snek pisang yang tinggi potassium.

Strok:
Mengikut kajian dalam buku ‘The New England Journal of Medicine‘, mengambil pisang sebagai diet harian mampu mengurangkan risiko kematian akibat strok sebanyak 40%!

Lain-lain Penyakit Kulit:
Pengamal perubatan semulajadi (alternatif) berpendapat, untuk menghilangkan pelbagai masalah kulit, termasuk jerawat, kudis, parut, kurap, dan sebagainya, ambil sekeping kulit pisang, tampalkan sebelah dalam kulit pisang itu pada tempat yang ingin dirawat dengan menggunakan plaster luka biasa atau pun plaster bedah.
Jadi, pisang memang merupakan ubat semulajadi kepada banyak penyakit. Jika dibandingkan dengan epal, pisang mempunyai 4 kali ganda kandungan protin, 2 kali karbohidrat, 3 kali fosforus, 5 kali vitamin A dan zat besi, dan 2 kali vitamin dan mineral lain. Ia juga kaya dengan potassium dan merupakan salah satu makanan terbaik yang mudah didapati.

Jadi mungkin inilah masa untuk berubah kepada kata yang biasa disebut-sebut, “Sebiji pisang sehari dapat menjauhkan doktor!”

PS: Kesimpulannya, pisanglah adalah penyebab utama kenapa monyet-monyet di hutan selalu sihat dan bahagia setiap masa dan ketika! Satu lagi; ingin kilatkan kasut?? Ambil bahagian dalam kulit pisang, sapukan secara terus kepada kasut anda, kemudian kilatkan dengan kain kering. Menakjubkan!

Sumber dari Soleh.Net

Menjawab TAG dari Anak Laut


Yan di Tag oleh Anak Laut
Sori yea lmbt jawab TAG nie
hampir terlupa lak..ehehe..jgn marah yea
jgn serik utk mengeTAG yan lagi..

ok nie dia jawapan dari Yan..

1. If you can be an animals, what will you be?

hem burung kot..bebas terbang kemana2..blk kg xyah beli Tiket Flight..hehe

2. If you robbed a bank, what do you want to do with the money?

Aiseh..rompak Bank?? x pernah lak terlintas..dosa besar tuuuu

3. If you can teleport yourself anywhere in the world , where do you want to be?

Dah tentulah nak pergi ke Mekah untuk menunaikan haji

4. If you know that are you daying, what is the last meal that you want? Why?

huhuhu..mana ada dh nk ingat mkn klu time nie…

5. If can you only kill one person in this world, who this a person? why?

tak nak arr bunuh menbunuh nie..dosa besar tau!

6. If you can choose either to have more than 24 hours a day or can live more than 100 year

tak tahu nk pilih yg mana, hidup mati di tangan Tuhan

6. what is your choice? Why?

entahlah tak dapat nak jawab soalan ni..

7. If can you date celebrities, who that is person? Why?

huhuhu..sape yea..Siti nurhaliza kot..tp dia nk ke jumpa ngan Yan??

8. If you can only have one thing in this world, what should that be? Why?

Adoilah soalan, sampai tak tahu nk jawab…huhuhu

9. If you have the opportunity to tag 7 of your friends, who are they? why?

Rasanya x nak Tag sesiapa kot..semua pun tgh bizi kang klu tag jugak kang yan kena saman lak..ehehe

Haziq dan biji buah mangga



See haziq tu..siap mkn sampai biji buah mangga tu
ekceli buah mangga tu mak mentua yan kasik
bukan main lg haziq..siap sorok2 lg
maybe haziq takut Aiman nk rebut..ehehee
kelakar tgk haziq..betul2 menghayati keenakan biji buah mangga tu..

lama jugak dia nyorok ngan biji buah mangga tu kt bwh tangga
sampai ler biji buah mangga tu warna putih dan xde rasa
baru dia nk kasik kat Yan..ehehe
kelakar sungguh…
yelah biasa makan buah aje, tang biji yan buang
kali nie mak mentua yang kasik haziq biji buah tu
tak sangka jugak Yan, haziq nk geget biji tu..ehehe
lawak2..ingatkan haziq tak nak..rupa2nya dia suka..hahaa