Terima kasih pada kawan2 yang mendoakan Adik Yan
syukur alhamdulillah, tegahari tadi adik ipar call
dia kata adik dh beransur pulih dan sudah pun mula bercakap
Syukur sangat2 Ya Allah..Hamba mu ini bersyukur

Pagi kelmarin, lebih kurang dlm pukul 1.00pagi
adik Yan yg kat Shah Alam tu diserang penyakit misteri
tak tahu apa sebenarnya penyakit itu
dan apa punca2nya
secara mengejut aje penyakit tu datang

So dlm kul 1.00pagi tu kakak Yan dan adik ipar tak tido
menjaga adik sehinggalah ke pagi
risau takut ada apa2 yang buruk
adik Yan tiba2 sawan, badan jadi biru, tangannya lembik blh dibengkok2kan
telinga berdarah…dan hilang ingatan
memang dia tidak waras, x kenal sesiapa pun
sangat2 misteri penyakit dia nie
takut sangat2 tak pernah lagi jumpa org sakit mcam nie

So smlm dh bawa gi Hospital bngian kecemasan
doktor bawa adik gi scan kepala
takut2 ada darah beku effect ke otak
dok jugak ckp mmg adik hilang ingatan sementara
mmg takut sgt2 waktu nie..
dan lepastu adik admit kat wad 7 hospital klang
smlm jugak kami dan saudara mara berkampung di hospital
mmg sedih sangat2 melihat keadaan adik macam tu
doktor terpaksa mengikat kedua tangan dan kedua kakinya kat katil
adik bernafas pun guna oksigen
segala wayar2 penuh kat badan..
Ya Allah, sedih sangat2..
Apa yang mampu Yan buat masa ni hanyalah berdoa
Yan pun bkn dalam keadaan suci..
Mohon kawan2 semua dapat mendoakan kesejahteraan adik Yan..

Lepas dari hospital klang
Yan gi Shah Alam, amik kedua2 anak buah Yan
bawa balik kat rumah nie, sekurang2nya penjagaan lebih
berbanding hantar kat orang, lagik2 bila pandang kedua muka diorg nie
bertambah sebak dan pilu..anak buah yg kecik nie asyik mencari mamanya
Ya Allah…sedih sangat2..anak kecil mencari ibunya..

Tapi syukur alhamdulillah, Adik Ipar kata
adik dh mula ingat balik…
dan mula bercakap dan sedar
kalau tak sebelum nie keadaan dia mcm org x waras aje
gambar adik pun saje xnak amik
sedih…tak sanggup nk tgk dia dlm keadaan gitu

Bila dh dengar penjelasan dari doktor baru lah lega rasa hati
doktor kata adik ok, xde apa2 effect kat otak
cuma emosi terganggu…kalau x sembuh jugak lepas nie
maybe kemungkinan besar kena buatan orang…
tapi tak tahu ler..*waulahualam*
jika betullah kena buatan orang
orang yg buat tu tak takut tuhan ke??
Tapi takpelah biarlah org tu dgn Tuhan
nanti dia terima jugak balasannya..

Ya Allah aku mohon kepada mu Ya Allah
sembuhkanlah adikku Ya Allah…
Berikanlah kekuatan tubuh badan kepadanya
Tabahkan lah hatinya, kuatkanlah semangatnya..
sesungguhnya tiada tempat lain aku memohon selain darimu
engkaulah yang maha berkuasa dimuka bumi ini
Amin Ya Rabbal Alamin..

Dan Hari ni kul 9.00mlm nanti flight Mak Yan dari sabah
insyallah kalau takde apa2 pukul 12 mlm nie sampai ler Mak kt Airport
semoga perjalanan mak selamat…Amin..