Kerana Sehelai Bulu Mata

Diceritakan di hari pembalasan kelak, ada seorang hamba Allah sedang
diadili. Dia dituduh bersalah kerana mensia-siakan hidupnya di dunia utk
berbuat maksiat. Namun begitu dia berkeras membantah, “Tidak demi langit dan
bumi,sungguh tidak benar. saya x pernah malakukan perkara itu…”

“Tetapi saksi-saksi mengatakan engkau betul2 telah menjerumuskan dirimu sendiri
ke dalam dosa “

Orang itu menoleh ke kiri dan ke kanan, lalu merenung segenap penjuru ruang yg
ada. Kemudian dia pun menyanggah, “mana saksi2 yg engkau maksudkan? disini
tiada sesiapa melainkan aku dan suaramu sahaja.”

Jawab malaikat, “INilah saksi-saksimu. ….”

Tiba2 mata berbicara, “Saya yg memandang,”

disusuli dengan telinga, “Saya yg mendengar perkara itu”

Hidung pun tidak ketinggalan, “Saya yg mencium”

Bibir pun mengaku dengan slumbernye, “Saya yg merayu”

Lidah menambah dengan beran i, “Saya yang menjilat dan menghisap”

Tangan tanpa malu meneruskan, “Saya yang meraba dan meramas”

Kaki pula menyusul, “Saya yg berjalan dan berlari semasa itu”

“Nah kalau dibiarkan kesemua anggota tubuhmu akan memberikan kesaksian tentang
perbuatan aibmu,” ujar malaikat. Orang tersebut x dapat membuka sanggahnya
lagi. Ia berputus asa dan amat berduka kerana sebentar lagi ia akan dihumban ke
dalam neraka jahannam.. Padahal ia amat berharap agar segala perbuatan jahatnya
dapat diselindungi. Tatkala dia sedang dilanda kesedihan, tiba-tiba terdengar
satu suara yg amat lembut dari sehelai bulu mata berbunyi, ” Saya pun ingin
mengangkat sumpah untuk menjadi saksi dalam perkara ini.” Malaikat menjawab
dengan tenang, “Silakan wahai bulu mata”

“Terus terang sahaja, menjelang ajalnya pada satu malam yang hening, aku pernah
dibasahi dengan juraian air mata penyesalan mengenangkan segala perbuatan keji
yang telah dilakukan. Bukankah rasulnya telah berjanji, apabila ada seora ng
hamba yang ingin bertaubat, walaupun sehelai bulu mata sahaja yg dibasahi
dengan air mata, demikian itu diharamkan dirinya dari ancaman api neraka? MAka,
saya sehelai bulu mata, berani tampil sebagai saksi bahawa dia telah bertaubat
sampai membasahi saya dengan air mata penyesalan.”

Dengan kesaksian bulu mata itu, orang tersebut dibebaskan dari neraka dan
segera dihantar ke syurga:

“Lihatlah hamba Allah ini masuk syurga kerana pertolongan bulu mata..”

PENGAJARAN YANG BOLEH DI AMBIL……. …..
WALAU SEBESAR MANA PUN KESILAPAN YANG DILAKUKAN APABILA ADA KESEDARAN DAN
KEINSAFAN BERTAUBAT LAH DENGAN SEPENUH HATI MAKA ALLAH AKAN MEMBERI KEAMPUNAN
PADA ORANG YANG BERTAUBAT

Author: yanmie

Engage me on food review, product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at yanmie82@gmail.com , thank you :)

Leave a Reply

Your email address will not be published.