Apa itu gravatar? apa yang korang tahu tentang gravatar?, ok Gravatar maksudnya paparan gambar yang akan muncul pada ruangan komen ketika korang memberikan komen di blog tertentu yang menyokong aplikasi gravatar, untuk lebih jelas tengok gambar bawah ini.

Komen tanpa Gravatar

Komen dengan Gravatar

jadi boleh tengok kan perbezaan kedua-duanya, kan lebih elok sekiranya korang komen dengan menggunakan akaun gravatar korang. Nampak gambar lagi ok. takdelah kosong je, so apa yang perlu korang buat hanyalah register ke Gravatar, percuma ajepun. Dan bila setiap kali korang nak komen, gunakan emel yang korang daftar di website Gravatar tadi.

Macam petang tadi, gelak sakan Yan baca mesej Farenova di shoutbox Yan…hehe..jangan marah ye dear…*kasik screen shoot sikit*

Baca mesej Farenova diatas, masa Yan baca nie agak blur sedikit. Gambar sotong?? hehhee….lepas tu Yan pegi moderate komen dan tengok gambar avatar untuk Farenova, memang kelakar…meh tengok gambar bawah yea…

Inilah dia gambar sotong yang dimaksudkan oleh farenova tadi…hehehe, sebenarnya dalam sistem komen blog ini, Yan menggunakan Avatar ID Monster (Generate), avatar tersebut akan bertukar dengan sendirinya.

So sekiranya korang dah ada email untuk gravatar, takdelah nanti korang punya gambar tu berkepalakan sotong atau yang lain-lain lagi, tapi serius…gambar-gambar dalam monster ID nie memang kiut-kiut semua…hehehe

Yan perasan ramai pembaca blog Yan yang takde lagi email untuk gravatar nie, meh daftar kat gravatar…senang aje, semudah ABC dan ingat setiap kali korang komen, gunakan alamat email semasa mendaftar gravatar, barulah gambar korang akan keluar di bahagian komen.

sekian perkongsian untuk kali ini…

code X9QXDAATHG7J