Pagi tadi YM dengan CikMin,kami sembang-sembang kosong. Yan cakap dengan CikMin ada pasang niat nak beli lappy baru. Tapi bukan sekarang, nak bagi lappy lama nie kat Aiman.

Dah tu baru kejap tadi on Lappy, sekali tu terkejut uuu

Screen Lappy

Tengoklah Screen Lappy Yan nie, dah hitam-hitam legam gitu, sepatutnya yang hitam tu warna biru dan putih suci. Sekarang dah dicemari oleh si hitam legam. Oh Tidak!! adakah lappy nie merajuk??? sebab Yan kata nak beli baru?? jaganlah macam nie, Yan masih sayang Mr.Lappy sekarang nie, banyak berjasa pada Yan.

Yan nk beli baru sebab nak bagi Aiman belajar guna Lappy sekarang nie, So please….please…kamu jangan nakal, Nanti aku datang bawa yang kau pesan…ekekeke…nyanyi lagu Jangan Nakal pulak..hehehe.

Korang pernah tak Lappy/PC jadi gini?? meh share dengan Yan apa masalah sebenarnya. Kalau boleh nak pelihara Lappy nie, sayang wooo banyak betul jasa Lappy nie…hehehe..jom share dengan Yan napa benda nie boleh jadi…Tak sanggup kehilangan Mr. Lappy nie..huhuhu