Salam buat semua, hari ini terpanggil rasanya ingin berkongsi tentang bagaimana cara mengimport post, komen dan segala attachment dari blogspot ke wordpress khas untuk mereka-mereka yang baru berpindah ke wordpress dan berhosting sendiri.

Dah 4-5 orang jugak Yan tolong importkan post, komen dan segala attachment dari blogspot ke wordpress. Tapi kali rasanya lebih baik di kongsikan disini. Mungkin ramai yang ingin berbuat demikian tetapi tidak tahu cara.

Cara yang ada sebelum ini memang ada, cuma tidak tahu kenapa bila import post tak boleh running, jadi stuck, Zeroooo…

Jadi disini Yan ingin kongsikan cara yang paling mudah, semudah ABC. Sebelum itu terima kasih tak terhingga pada sahabat baik Yan, Abang Edy yang banyak beri tujuk ajar pada Yan, Jasamu ku kenang. Abang Edy jugaklah yang ajar yan dari zero ke hero yang sekarang nie, …ekeekeke…dulu memang buta wordpress dan buta hosting, now dh reti sangat guna cpanel/direct admin, terima kasih sekali lagi.

Ok kita terus sahaja ke tutorialnya, apa yang perlu korang buat hanyalah follow step-step dibawah ini:-

Blogger

Login ke Blogger dan pergi ke Setting,  Follow gambar atas yea…

Download Blog, follow arah macam dalam gambar…

Convert blogger ke wordpress

Sila masuk ke sini http://blogger2wordpress.appspot.com untuk CONVERT file dari blogspot ke WordPress

Kemudian buka Dashboard WordPress korang, Pergi ke bahagian Tools, seperti gambar di atas.

Klik pada WordPress

Ikut arahan seperti dalam gambar atas

Sekiranya korang mempunyai lebih dari seorang Author dalam blog tersebut dan hanya ingin mengimport seorang Author sahaja, Klik pada Import Author name. Seterusnya tickkan pada Download and Import file attachment, kalau tak tick nanti gambar tak masuk dalam blog wordpress.

Sekiranya korang follow betul-betul step nie, korang dengan jaya nya dapat mengimport kesemua post, komen dan gambar dari blogspot ke wordpress.

Yeeehhhaaa…tepuk tangan untuk diri sendiri…ekeke…adoiii….berjela ngko! lama tak buat tutorial…hehehe…

Psstt!! pasnie sapa yang kata tak faham ku ketuk jer…hahhaa..penat seh! berjela2 okeh!….hahaha *gurau-gurau*..nnggee~~~