Salam Maulidur Rasul buat semua, hari nie mood blogging dah kembali. Syukur kejap aje mood tu hilang, tapi geram jugak nie sebab ada pihak yang asyik nak tiru dan hotlinking aje benda-benda dalam nie sehinggakan bandwidth pun banyak gak dia makan, kalau bandwidth banyak atas sebab-sebab ramai yang melarayai blog ini Yan tak kisah malah Yan lagi suka, tapi ini amik segala benda dalam nie bawa balik umah dia…aduhai, tak perlu nak nyatakan siapa orangnya. Yan sendiri tahu sebab kat paparan tersebut ada bagitahu siapa yang menghotlink Yan punya harta benda dalam nie.

2-3 hari lepas belajar dengan kawan macam mana cara nak buat hotlinking supaya harta benda dalam nie selamat dan tidak di  salahgunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. cuma menambahkan coding ke dalam .htaccess.

Tetapi semalam Yan saja godek-godek plugin yang ada dalam wordpress nie, Yan jumpa Plugin WP-Copyprotect, memang best! orang lain tak boleh buat hotlinking dan copy segala content dalam nie.

Nak tengok hasil plugin tersebut? cuba korang right clik kat mana-mana dalam blog nie, tengok apa yang keluar? hehehe…malah content dalam nie pun orang tak boleh highlight untuk dicopy paste.

Now Yan guna plugin tu aje, pada kengkawan yang menggunakan wordpress self hosted bolehlah mencuba plugin tersebut. korang tau kan nak amik kat mana?? jangan cakap tak tau, kang Yan ketuk nanti…hehehe…