Salam semua, Yan berblogging dari kampung halaman tercinta di sandakan, SABAH. hem…sebenarnya banyak yang Yan nak share ngan korang tapi payahlah pulak nak upload gambar sebabnya kat lappy kakak nie takde pun apa-apa software photo editor, kalau nak buat online boleh je tapi tulah lambat pulak nak loading..huhu, maklumlah guna beruk celcom je kat sini tapi syukur masih boleh online.

memandangkan Yan balik SABAH lagi, so Yan dengan besar hati nak kasik hadiah dari SABAH untuk korang. Caranya senang dan mudah aje, cuma perlu meneka sahaja. Takperlu buat entry ke apa..cuma teka tarikh lahir adik Yan, Ifah namanya.. yang baru sahaja menyambut ulang tahun hari lahirnya yang ke 23 tahun pada bulan ini (Mac).

Inilah dia adik ke 4 Yan, namanya Ifah masih single…ahaks..kalau korang terer sila teka bilakah tarikh lahir ifah??

Hadiah diberikan pada 2 peserta yang berjaya meneka dengan awal dan tepat sahaja. hanya 1 kali tekaan sahaja di terima untuk 1 orang peserta.

Contest ini ditutup pada 29.03.2010 pukul 9.00mlm tetapi sekiranya ada yang berjaya meneka dengan tepat sebelum tarikh tersebut maka contest ini akan ditutup lebih awal dari tarikh yang di tetapkan tadi.

contoh format jawapan : Ifah lahir pada **.03.1987

jadi tunggu apa lagi?? hehe…jom pakat teka tarikh lahir adik Yan…Hadiah misteri menanti korang, yang pasti hadiah tersebut naik flight datang sini…ekekeke