Semalam tengok Drama Muzikal Hotel Mania di TV3, memang best! rasanya baru pertama kali tengok drama muzikal macam nie. Permulaan yang bagus dan menghiburkan sangat. Yang tak tahan tu dalam-dalam berlakon tetiba je menyanyi…hehe, lagu-lagu semuanya best, memang beremosi jugak diorang nyanyikan lagu-lagu dalam drama Hotel Mania nie. Anak-anak Yan pun seronok tengok.

Gambar amik dari SINI

Meh baca Sinopsis cerita nie yea…best wooo!!!

Hotel Mania‘ mengisahkan tentang Adiwira yang datang ke Kuala Lumpur untuk mencari bapa kandungnya yang tidak pernah dikenali. Di Kuala Lumpur, secara tidak sengaja, dia berkenalan dengan Girang (Dafi) yang menjalani latihah praktikal di sebuah hotel.

Girang yang melihatkan kesempitan Adiwira mencadangkan Adiwira menghadiri temuduga di hotel tempatnya bekerja. Dia berjaya mendapatkan kerja di hotel tersebut setelah menunjukkan sikap yang baik kepada pengurus hotel.

Sebagai pekerja baru, Adiwira diwajibkan menjalani latihan di setiap bahagian sebelum ditempatkan ke unit yang paling sesuai dengan kemahirannya.

Sejak itu, kehidupan barunya sebagai pekerja hotel bermula. Pelbagai insiden berlaku namun dia tetap tidak pernah melupakan hasrat tunggalnya iaitu mahu mencari ayah kandungnya.

Pelakon pun boleh tahan jugak Menggandingkan Anding, Dafi, Bob, Marsha dan Adam, Ryzal, Zain Ruffedge, Adeline Tsen dan Sheila Mambo. Drama Muzikal Hotel Mania ini diterbitkan oleh KRU Studios. Tahniah pada KRU Studios sebab dapat menghasilkan Drama Muzikal seperti ini, sangat menghiburkan…

weeee tak sabar nak tunggu minggu depan pulak…hehehe, meh sama-sama kita tengok nanti episod seterusnya…confirm best!!

.

Iklan : Ingin Laptop Acer Aspire One percuma? Klik SINI

By yanmie

Engage me on food review, product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at yanmie82@gmail.com , thank you :)

86 thoughts on “Hotel Mania – Drama Muzikal di TV3”
  1. kkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk ❓ 😛 🙁 👿 ❗ 🙂 😳 😀 😮 😯 😕 😎 😆 😡 😈 🙄 😉 💡 ➡ 😐 😥 :mrgreen:

  2. @ilyana
    wah best sgt la tgk dafi menyanyi sambil menari teruja ika ilove you dafi 4eva hehehe dafi bole x nak friends ngan dafi=

  3. i love hotel mania.Mesti tak miss punya lah.kalau miss,i menangis.Puteri Ilyana sophie binti Datuk Dr Seri Farid Hashim.

  4. best cerita nie tapi x ingat lah tajuk lagu yg nani nyanyi bersama-sama adeline 2 pada tarikh 3/8/2010.

    sesiapa tlg lah bagi tau…please i want know the lirik lagi this….please..

  5. aku suka budak tomboi 2…….
    <3 <3 <3
    sebenarnye x tau name die…….
    hahahahaahaha……….

  6. best gila semalam ada hotel aku tidak pernah lupa tengok hotel mania tak sadar sabar nak tunggu nanti hari selasa ada hotel mania

  7. aku suka sangat laguni……….dan aku suka emilya………..sebab nama aku pun emilya juga……………………………..bye………………

  8. Kepada kaki-kaki tv3 dan saluran Media Prima Network yg lain, anda bolehlah memuat turun video-video dari tv3 dengan mudah melalui mpvideo.us.to.

    Tidak perlu FF addon, softwares dan hacks. Siap ada preview video (sekiranya ada).

    Support kami!!
    .-= Download video tv3´s last blog ..Download video tv3 ntv7 8tv tv9 Gua tv =-.

  9. ala…tak dpt la tgok cte 2 minggu nie..
    byk sngt la keje yg kne wat..
    tp cte nie best kan…
    pelakon doe pown bleh thn la.

  10. apa yang bestnya..script citer hotel mania tuh memang bangang..sapa laa yang tulis..takder editor ke? Si Adiwara, masa mula masuk hotel tuh..cakap kat Girang yang dia pernah keje kat Hotel..walaupun hotel 2 bintang..tak kisah lah kan..itu pengalaman..tapi bila diambil bekerja..cakap kat GM..saya takder pengalaman keje..saya nak kena bermula dari bawah lah..apasal contradict sangat..kedua..masa Adiwara jumpa dengan Girang..Girang tanya dia..apa tujuan kau datang ke KL…Dia jawab matlamat utama dia nak cari ayah dia…dalam scene yang lain pulak..masa kat hotel..Girang tanya soalan yang sama lagi..dan Adiwara bagi jawapan yang sama..pastu Girang cakap..ooooo..itu tujuan kau datang sini..berulang2..kemudia..scene Zain dengan Adam AF..kenapa diaorang tuh asyik duduk tempat yang sama jer..berhari2 kat situ..kemudian ada pekerja kat SPA tuh kena kacau dengan diaorang (Zain dan Adam AF)..minah tuh cakap kat kawan dia..dia kena ganggu masa kat swimming poolll..tak nampak pun swimming pool..sedangkan Zain dengan Adam AF kat Hall apa entah masa dia kacau minah tuh..banyak lagi script yang entah apa2..mcm tengok citer Abdul Razak Mohiedeen plak..tolong laa..jgn laa buat script bodoh mcm tuh..orang malaysia bukannya semuanya bodoh.

    1. erk!!! saya kurang arif bab2 mengulas benda gini..rasaya better pi komen kt tuan pnya cerita..barulah dia faham dan boleh improve kot..but so far saya tgk ok je…kwn2 yg lain kt sini pun kata ok.

      awak…nanti len kali buh lah sekali alamat blog kalau ada. boleh kenal2…ip nie saya tgk awak duk kt upsi..ops!!!

    1. ha ye betul tu..terutamanya TV 3…hehehe..tapi ada jugak yg best mcm nenek kebaya..haha, hari tu layan jugak cerita tu

    1. ha ye betul tu mmg sempoi…lain dr yang lain, ada kesempatan cubalah tgk…best!…hehe…promot lebih plak…

  11. sempat tgk trailer jer…tapi nampak pun macam seronok…nest week kena tgk ni
    .-= 1tomyam´s last blog ..Wanita Malaysia di Tempat Ke 100 Dalam ‘Gender Gap Report 2009? =-.

    1. ye betul bestkan..ha ye pi buat entry..nie k.yan pnya entry google dh crawl…haha..taip “drama hotel mania” dr kuar page akak 1st page…hihihi

  12. Salam kak Yan…
    apasal nama watak macam cerita melayu purba…
    Adiwira, Girang… hmmm… padahal cerita era moden, siap berhotel tu… Daus paling suka drama Muzikal, mcm tgk cerita hindustan jer… Nak kena tgk ni… dah start ke?.. huhu
    .-= Daus´s last blog ..8 Senarai Blog WordPress Yang Aku Suka Baca =-.

    1. salam daus, hehe..nama je mcm tu tp citer best. diter tu dh start main semlm, setiap selasa pukul 9mlm…ewah cam pesanan penaja pulak…

    1. ha yelah smlm layan dgn anak2, hubby jeling2 je tp perasan gak tgk hubby sengih tgk citer nie..haaha…x sabar nk tunggu minggu depan pulak. mcm lan kata dpt menghiburkan hati…

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge