Salam semua, petang tadi macam biasa tengok cerita slot akasia di TV3 iaitu Drama Adamaya, Episode 9. Ya Rabbi best sungguh cerita nie 🙂 tak tau nak kata apa, lebih-lebih lagi episod hari nie maya dah mengandung, yeeeeeeeaaayyy Yan yang terlebih hepi nie…hahaha, Adamaya nie betul-betul buat Yan seronok tengok, tiap-tiap hari tak sabar nak tengok 🙂

Sempat lagi Yan snap gambar dari kaca TV Yan…ehehe, tapi kualiti tak berapa cantik, takpelah layan ajelah yea 🙂 Yan suka gambar nie, time nie Adam dan Maya dah balik dari Klinik, dan Maya di Sahkan mengandung 6 minggu 🙂

Nak-nak pulak OST Adamaya yang bertajuk Yang Terindah memang menyentuh Jiwa, lagu nie dinyanyikan oleh DakMie, best sangat!!

Drama Adamaya nie ramai yang tengok, sana sini orang cari info  🙂

Adamaya adalah keywords yang hangat dan meletup-letup di blog ini 🙂

Nak tahu, en.hubby Yan pun dah join Yan sekali tengok Adamaya nie..ehehe, bestlah Lisa Surihani memang lawa, pandai menjiwai watak, Sein pun macam tu, sempoi je dia..memang padan betul diorang berdua dalam watak nie 🙂 ops!! hehe…dalam cerita je tau! Sein tu dah kawen dengan Nana, malah dah ada anak pun, so jangan pepandai pulak nak buat gosip…ekekeke~~~

.

Entry berkaitan Adamaya:-

Adamaya – Slot Akasia TV3

OST Adamaya – Yang Terindah