Salam semua, entry nie adalah entry personal, agak lama rasanya tak post entry personal nie dan entry ini adalah entry tertangguh, maklumlah takboleh nak upload gambar sebabnya Handset Yan masuk kedai untuk di baik pulih, tetiba lah pulak last day masa kat kampung hari tu handset tetiba takde couverage, bila charge dia kata bateri tu bukan bateri handset tersebut…huhu konfius sekejap.

So balik sini baru lah handset Yan di hantar ke kedai Sony Ericsson, Syukur 2 hari je menunggu dan semalam en.hubby dah pegi ambik kat kedai Sony Ericsson, rupanya handset Yan tu masalah software aje, so pihak Sony Ericsson dah update software, jadinya settle dan boleh lah buat entry tertangguh nie…hehehe, layan gambar jelah yea…

Gambar nie masa kat Jabatan Pendaftaran Negeri Daerah Sandakan (JPN). Atas urusan inilah Yan bergegas balik kampung. Jangan tanya masalah apa, sebab kalau cerita boleh panjang lebar ok!. So abaikan aje yea…hehehe

Yang nie pulak siapa? kalau korang ada Join Contest INI dulu korang mesti kenal dia siapa. *adoiii Ifah, banyak betul bah gambar mu di hanset ku..beratus2 pulak tu, sudah macam ko yang punya hanset, aku pun nda banyak gambar macam ko nie..*

Ini pulak menu kegemaran Yan, Mee Goreng Basah Sandakan. Kalau balik kampung wajib makan benda nie…*Ya Rabbi…sedap!*

Yang nie gambar Airport Sandakan, kecik je pun…tapi yang bestnya MAS airlines dah ada direct flight dari KLIA, kalau tak dulu kena turun kat Kota Kinabalu dulu…huhuhu

Keadaan di dalam Plane MAS

Gambar yang nie kami nak balik ke Klang dah….selamat tinggal Sandakan….Kami akan merindukan mereka-mereka dibawah ini.

Inilah insan-insan jauh tapi dekat di hati, ada 3 orang lagi tiada dalam gambar di atas iaitu adik Yan Izan (sebab ada kat shah alam), Kakak (On duty) dan Ifah (tukang snap gambar).

Sebenarnya ada banyak gambar, tapi sebab handset hantar kedai so semua gambar-gambar yang save dapam phone hilang…huhu takpelah yang ada dalam memori kad nie pun dah cukup.