Salam semua, siang tadi Yan dan family shopping barang dapur di Econsave Pandamaran Klang, memang biasanya kat situ jelah tempat kami beli barang-barang dapur, dari yang kering hinggalah ke barang yang basah, kat sini seafoodnya segar-segar lagi tu..segar dari laut…ehehe 🙂

Nak dijadikan cerita, biasanya Yan seorang aje yang masuk dalam pasaraya. En hubby dan anak-anak cuma tunggu dalam kereta, diorang tak ikut sekali, kalau lah anak-anak ikut sekali harus diorang angkut Econsave tu bawa balik rumah…ehehe, so taknak bagi diorang melalak kenalah bagi upah, kedua-dua anak minta Yan belikan Kereta Mainan, so haruslah di “iya” kan..kalau tak memang takleh masuk Econsave..hahaha

Macam biasa beli semua barang keperluan, biasanya seminggu barang dapur Yan taklah banyak macam orang lain, yelah kami berempat aje yang melantak, kos barang tiap-tiap minggu cumalah rm 300 aje, tak banyak macam orang lain, tu pun dah campur jugak dengan barang keperluan lain.

Bila dah puas shopping kat dalam Econsave tu, barang semua pun dah amik dan bayar. Ntah macam mana kan, terkejut seh! tengok resit pembayaran, sambil garu-garu kepala, dalam hati “Bila masa pulak aku beli hamper nie?”

Tak puas hati Yan pi kat kaunter, bagitahu Yang Yan takde pun beli hamper tersebut, harga hamper tu 59.90, banyak jugak tu kan? hampir rm60.00 tu, duit jugak tu namanya 🙂

So staff Econsave pun keluarkan barang cek balik satu-satu, barang manakah gerangannya yang diorang salah Tag tu, meh tengok gambar bawah yea :-

Nilah dia rupanya barang yang diorang salah letak Tag harga, harga kereta mainan nie cuma RM 5.90, kalau tak perasan dah rugi RM 54.00 huhu~~ Nasib baik 🙂

See hepi je diorang dapat apa yang diorang nak 🙂

Nasib baiklah Yan tengok resit pembayaran time tu, sebab selalunya Yan kalau beli apa-apa barang memang Yan tak tengok resit, ntah macam mana tadi tergerak hati nak tengok dengan teliti sama ada betul ke tak barang yang diorang punch, takut ada yang double ke salah letak harga ke, sekali memang betul, fuh nasib baik kan….

Korang pernah tak jadi macam nie?? jomlah share dengan Yan, masa tu korang dah balik rumah ke atau perasan time tu jugak, Yan kan jenis kalau dah balik rumah takde dah nak pergi balik serbu..huhu sebabnya leceh, diorang pun belum tentu percaya, hem…so korang lepas-lepas nie tengok lah yea resit barang korang tu yea..kalau tak rugi wooo…nak-nak pulak kalau diorang tercharge harga barang tu dengan mahal sekali…huhu~~ sendiri mau ingat 🙂