Salam semua, Pagi semalam Yan ada terima email dari seseorang, email tersebut dihantar melalui ruangan ContactMe di blog ini. Sejak akhir-akhir ini Yan selalu sangat menerima email dari orang yang tidak dikenali, malah sebelum ini jugak ruangan Shoutbox Yan pernah jadi mangsa ketidak puas hatian orang lain, dimana silapnya pun Yan tak tahu. Dah reda pasal Shoutbox, kini ke email pulak dia serang…aduhai dunia. Tak fahamlah kenapa dia buat macam nie…huhuhu, sebenarnya ini bukanlah email dia yang pertama kali, tapi tak tahu yang keberapa kali, sekejap puji sekejap mengeji…hem..tak fahamlah orang macam nie.

Inilah dia email yang Yan terima pagi semalam, bunyi macam tak puas hati je 🙁

Apakah motif dia hantar email macam nie? apa yang dia tak puas hati dengan Yan, ayat dia tu betul-betul bikin Yan panas, tapi tulah malas nak melatah, kang dia lagi seronok tengok Yan melatah. Biarkan je orang macam nie, Apa yang dia kesah sangat dengan Blog Yan nie? Jeles kah?? pasal apa nak jeles?? blog Yan nie bukannya ada benda apa yang nak dijeleskan, ada banyak lagi blog lain yang hebat-hebat, dah-dah pi kacau diorang pulak…ehehee

Hai dunia, nie belum glemer macam Redmummy lagi, kalau besok-besok dah glemer mesti ada je yang dengki teruk daripada yang nie..hem…

So apa komen korang kalau korang dapat email macam nie? Yan tak balas pun, biarkanlah dia main dengan permainan dia. Takde masa nak layan benda-benda nie semua…huhuhu

Psstt!! Orang nie pernah je dia komen kat blog Yan tapi dia x letak pun link blog dia, tak tau dia ada blog ke tak, kalau takde maybe dia jeles dengan blog Yan yang kiut nie..hahaha