Salam semua, hari nie merupakan hari yang sangat bermakna buat Yan dan En.hubby di mana hari nie merupakan hari ulang tahun kelahiran Aiman yang ke 4 Tahun, anak pertama kami. Eh dah besar rupanya anak ibu nie yer 🙂

Kek nie Aiman sendiri yang pilih, dia nak lori atas kek tu je..huhu

Teringat dulu masa mengandungkan Aiman, Morning Sickness memang teruk sangat hinggakan tak boleh nak bangun, tak larat..fuh hebat betul kan penangan buatan en.mie Yan…ehehe 🙂

Yang bestnyakan time dah sarat-sarat mengandungkan aiman dulu memang rajin wooo, orang sekeliling yang tengok Yan ngeri je..hahaha, dengan perut memboyot boleh pulak rilek kesana kemari..wakaka sabar jelah, memang jauh beza dengan sekarang nie, malas sikit..ehehe

Ops!! entry nie agak panjang sebabnya Yan berkongsi pengalaman bersalin masa Aiman dulu..so kalau rasa tak boleh nak baca sampai habis silalah pangkah je blog nie yea 🙂 pada yang nak tau tu silalah klik untuk baca seterusnya…muaahhss, tengkiu 🙂


Masa mengandungkan Aiman jugak banyak sangat komplikasi, Asyik-asyik pergi klinik dan keluar masuk hospital, tak tahulah apa masalahnya, nak tahu Yan siap masuk ICU 2 malam, duduk dalam wad 1 minggu, huhuhu pasal asyik-asyik contraction kuat, dah lah time tu 8 bulan, memang tahap bahaya kalau melahirkan dalam umur kandungan baby 8 bulan sebabnya kedudukan baby time tu kaki di bawah..ops!! ehehe..orang pompuan faham lah yang nie :), yelah kalau kaki yang kat bawah macam mana baby nak keluar?

Syukur lepas 1 minggu di rawat di hospital Kuala Lumpur, akhirnya Yan dibenarkan pulang, kesian Yan tengok en.hubby ulang alik sana sini, maklumlah time tu kami duk kat KL dan en.hubby keje kat Shah Alam, so memanglah jauhkan, sometimes dia keje sekerat hari je sebab risaukan Yan 🙂 Thanks dear..teringin pulak nak pregnant balik..hahaha

Alkisah masa hari Aiman di lahirkan, petang tu kami rilek aje kat rumah, tetiba Yan sakit perut sangat-sangat macam dah tak tahan sangat dah, tapi Air ketuban memang tak pecah, En.hubby bawa aje Yan terus ke Hospital Kuala Lumpur, sebab hubby risau jadi macam hari tu. menggelabah seh dia! hahaha

1 malam jugak Yan menanggung kesakitan…huhu, memang banyak betul karenah Aiman masa dalam perut..hikhikhik, petangnya hari berikut, doktor masuk tangan jolok kat tutttt *ayat sensor* tengok dah buka berapa inci, sekali doktor kata dah buka 2 inci tapi air ketuban x pecah lagi, so doktor tolong pecahkan Air ketuban dan Yan terus di bawa masuk ke bilik  bersalin.

setibanya di bilik bersalin, perut teramat sakit sangat, time nie en.hubby belum sampai dari kerja, adeh..sedih wooo, tak lama lepas tu dalam pukul 6.00petang en.hubby sampai, dia terus masuk ke bilik bersalin, time nie Yan tak bersalin lagi, kesakitan melanda yang amat sangat, doktor tengok pun memang kesian 🙂 maklumlah takde pengalaman langsung…ehehe

Time bersalinkan Aiman en.hubby ada disisi 🙂 tapi tulah Yan terpaksa amik Epidural atas nasihat doktor untuk mengurangkan kesakitan, bila dah amik epidural dan badan pun dah dibius, memang langsung tak rasa apa sakit pun, contraction apatah lagi tak rasa langsung, maklumlah badan dah kebas. Time nie baby dah nak keluar sangat tapi Yan tak boleh nak teran sebab tak reti satu hal….hahahha, hal kedua sebab takde rasa sakit, dah akhirnya doktor terpaksa melakukan kelahiran secara forceps, takut baby nanti lemas dan lemah didalam, sebabnya time nie tak boleh buat ceaser dah tak sempat doktor cakap. Tapi memang kesianlah tengok aiman sebabnya kepala aiman time nie nampak cam panjang sikit…ehehe, akibat di tarik dengan benda yang macam gunting tu, ntahlah apa namanya ntah..ehehe, tapi syukur kepala aiman ok macam biasa sebab tetiap pagi tuam umbun-umbun aiman dan urut sikit, kalau tak harus panjang je kepala Aiman tu..hahaha, oklah setakat ini perkongsihan pengalaman Yan masa melahirkan Aiman.

Untuk Aiman sayang, ibu dan Ayah doakan agar Aiman menjadi anak yang soleh, patuh pada ajaran yang Maha Esa dan patuh kepada kedua orang tua, jadi anak yang berguna, berjaya dalam hidup serta  semua yang terbaik untuk Aiman, Ibu dan Ayah doakan, insyallah amin…mudahan 🙂

Masa nie Aiman umur 5 bulan kalau tak silap 🙂 comeikan?? hikhikhik…

Hahaha kan dah kena penjara, suh tido tak nak..merayap je kejenya 🙂

hahaha…see Aiman dah bocorkan rahsia Yan dan En.hubby, abaikan yea 🙂

Sekarang Aiman dan besar sikit, siap dah ada geng 🙂

Terima kasih buat keluarga, dan rakan-rakan atas ucapan selamat hari lahir untuk anak Yan (Aiman) terima kasih banyak-banyak jugak atas doa dari kalian semua, hanya Allah yang dapat membalasnya 🙂

Ehek…dan panjang lebar rupanya entry nie tak sedar pulak, hahaha thanks yea korang sudi baca sampai habis 🙂