Salam semua, wah semalam Yan takde update blog lah. Ya Rabbi kalau nak tau semalam memang bizi giler seharian tak duduk kat rumah, pegi ke KLIA amik Mak dan Ayah mertua tercinta balik dari mengerjakan ibadah umrah. Syukur alhamdulillah diorang selamat sampai dan dapat mengerjakan ibadah umrah..Amin, dulu dah pernah pergi naik haji, kali nie diorang buat umrah pulak, Ya Allah bilalah giliran Yan pulak dengan En.hubby…Insyallah ada rezeki ingin sekali berpijak di bumi Mekah, Madinah, Jeddah….dan banyak lagi…

Keluarga Pak Teh dari Kedah pun ada datang sekali, diorang semua lepak rumah Yan, so memanglah bizi takde masa nak ngadap lappy, nak-nak pulak hari nie nak pergi bawa diorang semua jalan-jalan cari makan, nasib baik pagi nie lepas subuh Yan cepat-cepat capai Lappy sebelum sediakan sarapan..see sempat lagi tu…hahhaa

Terim kasih buat kawan-kawan yang sudi bertandang ke blog Yan, maaf tak dapat membalas kunjungan, Insayallah bila ada kelapangan nanti Yan balasa jugak. so jangan risau ok.

Semalam walaupun takde update blog dan blogwalking tetapi unic di blog ini sangat memberansangkan jugak, Thanks pada semua yang sudi datang sini, Yan hargai 🙂 adakah sebab silent readers dah ramai dan teknik SEO menjadi? ehek…perasan sudah 🙂

Dan 2 hari lepas yan dapat buffered ke 27 dari Nuffnang, terima kasih Nuffnang, wa sayang sama luuuu…

Inilah dia buffered terbaru Yan yang baru je berusia 2 hari, ehek..hepi sebabnya Nuffnang tak pernah jemu-jemu bagi buffered dengan Yan. Tengkiu nuffnang…ai leb u…

Later Yan update lagi, pagi nie tak sempat nak cerita bagai dalam nie, maklumlah kesuntukan masa…entry nie Yan taip lepas subuh, tapi baru siap pukul 9.50…hahaha, mana taknya sambil taip sambil buat keje-keje rumah..hihihi pandai  betul suri rumah sekarang nie bahagikan masa kan?? Oklah nanti Yan update lagi… taaadddaaa~~~

Psstt!! thanks to kawan-kawan yang kelam kabut call dan sms Yan, hehee..baru tak online sehari dah ramai yang cari…*Yan ada je nie* Thanks amik berat pasal blog Yan yang tercenta ini~~