Salam semua, hari nie Yan nak share pasal cerita di TV3 slot Telenovela yang bertajuk She Wolf, cerita nie best jugak bila lama-lama Yan tengok, masa mula-mula macam biasa je, tak nampak pun apa menariknya, tapi bila watak JayJay dan Ulay dah besar memang suka tengok sebabnya hero dan heroin memang cun! Yan nie suka tengok pelakon dulu, kalau hensem ke cantik ke baru tengok..hahaha, adakah pulak macam tu kan? yelah bila mata dan sedap memandang benda yang indah-indah barulah dapat fokus pada jalan cerita.

Drama Slot TelenovelaSHE – WOLF, The Last Sentinel” telahpun di tayangkan pada 23 Mac 2010, setiap hari Isnin hingga Khamis jam 3.00petang. Menurut sumber yang Yan baca dari Blog Budiey yang mana Drama bersiri terbaik terbitan ABS-CBN Broadcasting Corporation telah pun mendapat sambutan yang sangat baik di Negara Fhilipina, yang mana membariskan pelakon-pelakon yang begitu berbakat dari Filipina seperti Angel Locsin, Piolo Pascual, Shaina Magdayao, Ryan Eigenmann, Pilar Pilapil, Agot Isidro dan ramai lagi.

Yan pun tidak ketinggalan untuk stick kat TV3 untuk menonton Slot Telenovela She-Wolf The Last Sentinel ini, makin lama tengok makin best. Korang boleh baca ulasan penuh aka berjela-jela di Blog Budiey.

Angel Locsin memang cantik dan seksi, rasanya ini gambar dia paling sopan yang ada kat en.google…ehehe, lelain tu semuanya seksa

Ya Rabbi…hensem kan?? hehee inilah dia Piolo Pascual, ada je banyak gambar dia yang seksa macam Angel Locsin tapi malas nak letak sebabnya nak jaga kesucian blog ini..wah!! haha, korang google sendiri ok!

Psstt!! tetiba teringat kes tahun lepas ada seorang blogger yang menyamar jadi Piolo Pascual, gambar-bambar Piolo Pascual di edit untuk dijadikan muka blogger tersebut..hem tak nak mention siapa orangnya, yang pasti blogger tersebut dan pun mendelete blognye.