Tolong jangan perlakukan bayi seperti ini

Salam semua, mengucap Yan pagi nie baca Akhbar online harian metro dimana seorang bayi kecil menjadi sasaran lepas geram oleh ibunya, Yan pun tak pasti dimana kejadian ini sebabnya Akhbar online harian metro tidak menyatakan dimana kejadian tersebut berlaku.

SEORANG wanita yang dituduh mencuri telefon bimbit mengamuk dengan mencampakkan bayinya sebelum memijak kanak-kanak itu. *aiyak..kejap bayi kejap kanak-kanak..huhuhu*

Continue reading “Tolong jangan perlakukan bayi seperti ini”

Alyah juara Gah 1 RTM

Salam semua selamat pagi, kembalinya Yan dari bercuti selama 3 hari dari dunia blogging 🙂 semalam nak update pasal nie tapi tak larat sangat, sempat layan TV sekejap aje. Sebabnya semalam baru balik dari kampung en.hubby kat Jengka Pahang.

Semalam merupakan Malam Kemuncak  Gah 1 Akhir musim ke-7 anjuran Radio Televisyen Malaysia (RTM) di Surf Beach, Sunway Lagoon. Sebenarnya Yan tak tahu pun apa-apa pasal Gah 1 nie sehinggalah Yan balik kampung dan bersembang dengan Mak mertua pasal Malam Kemuncak  Gah 1. ehehe nampak sangat memang tak layan RTM nie 🙂

Continue reading “Alyah juara Gah 1 RTM”

Upgrade ke Premium Hosting – Litespeed Flatform

Salam semua, wah petang dah macam nie baru rasa boleh nak update blog, bukan apa siang tadi takut nak update sebab buatnya lah tetiba  Bandwidth limit exceed..huhu, time nie pun bandwidth yang availabe cuma tinggal 1GB++ je, nasib baiklah Fivio pantas jugak buat keje, now blog ini masih lagi diperingkat pemindahan server, so maybe kejap boleh buka kejap tak boleh, tapi rasanya dah ok dah nie 🙂

Cuma kat Direct Admin lagi belum diupdatekan bandwidth terbaru. tapi takpe fivio cakap diorang akan buat setelah proses pemindahan sepenuhnya berjaya. sekarang nie yang bestnya pakej premium hosting nie menggunakan Flatform Litespeed, berdesup-desup lajunya nak loading. tak caya?? cuba F5 sekarang..ekekee

Continue reading “Upgrade ke Premium Hosting – Litespeed Flatform”

Bandwidth Blog di Ambang Merah

Salam semua selamat pagi, tadi nie baru masuk ke Direct Admin, sajelah masuk sebab rasa macam dah lama sangat tak masuk ke Direct Admin. Macam biasa bila masuk ke Direct Admin Yan akan tengok dahulu webstats dan seterusnya penggunaan bandwidth seharian Yan.

Drag gambar ke New Tab untuk pemandangan yang lebih luas 🙂

Kali nie sekali lagi Bandwidth blog ini di ambang merah..huhu, aduhai harap-harap sampailah ke hujung bulan, kalau tidak masalah kehabisan badwidth akan berlaku. oh tidak!!!

Continue reading “Bandwidth Blog di Ambang Merah”

Trafik blog tanpa online dan update blog

Salam semua, 2-3 hari lepas memang yan tak online menentu sebabnya seperti yang korang sedia maklum rumah Yan baru je mengalami Tragedi INI dan boleh jugak baca kat SINI. So memang langsung x ingat kat blog ini, sebab ada benda yang lebih penting dari blog ini. Syukur Alhamdulillah semuanya kembali tenang seperti sedia kala. Dan pagi tadi buka blog, macam biasa benda pertama mesti tengok berapakah trafik yang masuk ke yanmieonline.com dan untuk pengetahuan blog ini jugak memang turut sama terumbang ambing sebabnya takde update dan Yan langsung tak mengadap lappy/blog.

Drag gambar ke New Tab untuk pemandangan yang lebih luas 🙂

Continue reading “Trafik blog tanpa online dan update blog”

Alhamdulillah kembali tenang seperti sedia kala

Salam semua selamat pagi, syukur alhamdulillah keadaan kembali tenang seperti sediakala, terima kasih kepada semua kengkawan yang sudi komen kat entry INI, terima kasih atas nasihat, pandangan, teguran dan kata-kata semangat. Yan amik semua apa yang kengkawan semua komen di dalam entry tersebut, insyallah mudahan perkara seperti itu tidak akan berlaku lagi..Amin, kita hanya mampu merancang tapi Allah jua yang menentukan, tapi kalau kita sentiasa beringat benda macam nie tak akan terjadi. peringatan jugak untuk kengkawan yang lain.

Rasa fobia masih ada dalam diri, kadang-kadang terasa api masih ada depan mata, tidur pun dah tak nyenyak asyik teringatkan api je, anak-anak Yan apatah lagi, terutamanya yang kecik (Haziq) sehinggakan taknak langsung lalu depan bilik tersebut, kalau lalu pun dia akan nangis taknak lalu depan bilik tu, siap suruh bungkus 1 badan dengan kepala sekali kalau nak bawa dia pergi bilik air, Haziq langsung taknak pandang bilik tu. yelah kan sebelum kejadian dia dah tengok abang dia main lighter kat bilik tu, so maybe dia teringat-ingatlah kot lighter tu puncanya api jadi besar.

Continue reading “Alhamdulillah kembali tenang seperti sedia kala”

Habis semua tercabut

Salam semua selamat petang, hari nie mood nak blogging memang takde, seksa je rasa hati sebab nak menaip memang susah, mana taknya punyalah ganas sampai tercabut-cabut keybord..ehehe

Inilah sekarang keadaan Lappy Yan, sangat menyedihkan..ehehe, Tapi Laptop nie sangat berjasa, dah banyak jugak duit dah dihasilkan oleh Laptop nie, pendek kata dengan Laptop nie saja dah menghasilkan duit hampir 2K.

Continue reading “Habis semua tercabut”

Konsert Akhir Akademi Fantasia 8 malam ini

Salam semua selamat berhujung minggu, malam nie tepat pukul 9.00 malam akan bermula Siaran Langsung Konsert Akhir Akademi Fantasia 8. Pasti ramai yang menanti-nantikan tayangan Konsert Akhir Akademi Fantasia 8 yang akan di tayangkan melalui Channel Astro Ria 104.

Korang rasa siapa yang bakal bergelar Juara Akademi Fantasia 8? Adakah pelajar wanita ataupun pelajar lelaki. Antara pelajar yang layak ke Konsert Akhir Akademi Fantasia 8 iaitu Adira satu-satunya pelajar wanita yang layak ke Konsert Akhir Akademi Fantasia 8 dan 4 orang pelajar lelaki iaitu Shahir, Daus, Iwan dan Maulana.

Continue reading “Konsert Akhir Akademi Fantasia 8 malam ini”

Gelora Di hati Sara Episode 2

Banyak betul keywords yang masuk cari Gelora Di Hati Sara Episode 2, meh Yan sharekan..kesian lah pulak diorang masuk sini tak jumpa Video Gelora Di Hati Sara musim ke 2 untuk Episode 2 🙂

Jom layan yea…enjoy!!