Salam semua selamat pagi, tadi nie baru masuk ke Direct Admin, sajelah masuk sebab rasa macam dah lama sangat tak masuk ke Direct Admin. Macam biasa bila masuk ke Direct Admin Yan akan tengok dahulu webstats dan seterusnya penggunaan bandwidth seharian Yan.

Drag gambar ke New Tab untuk pemandangan yang lebih luas 🙂

Kali nie sekali lagi Bandwidth blog ini di ambang merah..huhu, aduhai harap-harap sampailah ke hujung bulan, kalau tidak masalah kehabisan badwidth akan berlaku. oh tidak!!!

Tahukah korang apa itu Bandwidth? ok bagi yang tidak tahu, disini Yan kongsikan yea 🙂

Apa Itu Bandwidth

mengukur bilangan data ataupun maklumat yang dihantar dalam satu jaringan dalam tempoh masa yang tertentu, ianya jugak Pengukuran keupayaan isyarat komunikasi. Untuk isyarat digital, bandwidth adalah kelajuan atau data, diukur dalam bit per saat (bps). Untuk isyarat analog, itu adalah perbezaan antara frekuensi tertinggi dan bahagian-bahagian terendah, yang diukur dalam hertz (kitaran per saat). Sebagai contoh, sebuah modem dengan bandwidth 56 kilobit per saat (Kbps) boleh menghantar maksimum sekitar 56,000 bit data digital dalam satu saat.

Disebabkan pengunjung blog ini semakin bertambah dari hari ke hari maka jumlah penggunaan bandwidth semakin tinggi.

Gambar atas adalah jam-jam yang banyak menggunakan bandwith

Bagaimana Bandwidth ini digunakan?

– Bilo korang datang melepak baca entry kat blog ini

– Meninggalkan komen di ruangan entry blog ini

– Bila Yan mengupdate blog – ehek kadang terlebih rajin update sampai 3-4 entry sehari 🙂

– Bila upload gambar / video dan banyak lagi caranya bagaimana Bandwidth di gunakan

Masalah Kecurian Bandwidth

Ini salah satu masalah yang Yan pernah alami, di mana ada seorang hamba Allah telah menghotlinkingkan gambar di dalam blog ini, boleh sahaja kalau korang nak amik gambar dalam nie tapi biarlah berhemah dengan meng-Save As gambar tersebut dan bukannya amik Link url gambar tersebut, ini kerana korang boleh di gelar pencuri bandwidth? ekeke…kasar pulak bahasa 🙂

Kan lebih elok kalau di Save As sahaja gambar tersebut dan di upload di imagehosting yang lain, contohnya macam blogspot kan free, so upload ajelah kat blogspot ok, ini kerana sekiranya korang ambik url gambar sahaja secara tidak langsung gambar tersebut masih lagi di hostkan didalam server blog ini. so silalah berhemah yea 🙂

Nota Yanmie : Fuh harap-harap Bandwidth bulan ini lepas lah, cepat-cepat sikit nak bertukar bulan, ada lg 5 hari…uwaaaaa…help!! nak tambah tu lah malas sebab nak kena guna fulus…ehehe tapi kalau takde pilihan haruslah Yan tambah bandwidth je nanti, takpun upgrade ke..tengoklah macam mana..huhuhu