Salam semua selamat petang, hari nie sungguhlah sibuk sangat mengadap lappy nie, dari semalam misi membantu en.hubby menyiapkan Project Paper dia. Now baru ada masa sedikit untuk buka blog, psstt!! thanks pada semua visitor blog Yan, setakat pukul 3 petang tadi unic Visitor di blog ini sudahpun mencecah 700 Unic Visitor.

Oklah nak cerita pasal tajuk entry ini “Blog yang di Sampahkan”. Sejak akhir-akhir ini rasa blogging macam dah tak seronok sebabnya sana sini orang duk cakap pasal blog sampah, Apa yang korang faham pasal blog sampah? meh kongsikan disini.

Perkara nie terjadi pada kawan Yan sendiri, Ada orang yang suka hati mengata blog beliau adalah blog sampah!, kenapa perlu ada istilah blog sampah?.

Senang aja caranya kalau tak suka blog tersebut tutup saja, tak perlu melatah sana sini, canang sana sini, fikirlah perasaan tuan punya blog tersebut. Kalau benda nie terjadi pada korang sendiri, apa perasaan korang?? sedih bukan??

Setahu Yan blog sampah nie cerita pasal sampah, pemandu lori sampah, blogging pasal sampah…erk!! ehehe so apsal pulak blog yang cukup cantik tu korang nak cakap blog sampah dek kerana dia update hari ini buat apa, besok buat apa? dah namapun blog personal suka hati mak bapak dia lah nak buat apa, itu jugak salah satu kenangan dia dimasa hadapan nanti.

hiks…tak fahamlah dengan orang yang macam nie suka-suka hati melabel blog orang lain tu blog sampah..helloooo plisss lah dia tu bayar domain dan hosting tetiap tahun, ko pulak suka suki kata blog dia blog sampah! jangan buat macam nie, hormati tuan punya blog!!

Opss…terlebih sudah! sekian 🙂

Note: sesiapa yang ingin menambah atau tahu apa maksud blog sampah silalah kongsikan disini 🙂 nak jugak tahu….