Layan Drag kat Sepang International Circuit

Salam semua, malam minggu hari tu Yan dan family layan Drag kat Sepang International Circuit, macam-macam jenis kereta ada, memang best sangat! yang paling best sebab dapat masuk ke bahagian Paddock, Ya Rabbi mulalah berangan kalaulah time F1 dan MotoGp dapat masuk ke bahagian Paddock nie harus Yan bergambar dengan michael schumacher ataupun Valentino Rossi…ekekeke

Jom layan gambar yang sempat Yan snap semasa berada di Drag Sepang malam minggu baru nie 🙂

Bestnya kalau time F1 atau MotoGP dapat jejak kaki kat Padock nie, fuh maunya tak ribu riban tiket..ehehe

Gambar yang nie amik dari atas paddock, maklumlah tak boleh lepak kt bawah sebabnya bawa anak kecik, takut tetiba kereta tak terkawal, so lepak kt bumbung Podium

Antara gelagat Aiman yang mencuit hati tengok Drag keta..ehehe, tak duk diam dia, seronok sangatlah tu, kejap-kejap tepuk tangan..hahaha

Haziq sedang leka memandang ke bawah, siap pakai ear plug lagi tu, ehehe sebanya takut dia tak tahan bunyi bising, hari tu bawa pegi tengok Motogp kt Sepang dan Layan MUSC Drag Challenge di Cyberjaya mengadu kata bising..ehehe

Sebenarnya ini adalah minat kami suami isteri lebih gemar kepada dunia permotoran, so bila ada program macam nie memang kami tak lepaskan peluang, yang best tu tiket untuk masuk ke paddock nie dapat murah..ekekeke bertuah rasa hati 🙂

Dan Yan mengambil kesempatan ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan blogger lain yang sudi linkkan blog ini di dalam entry mereka.

Denaihati.com – 10Malaysia Top Link Referrer untuk Acer Aspire One

Eyriqazz.com – Aku Kagum

Salmiahehehe – Trafik untuk minggu pertama bulan May

CikminPetua untuk tahan lama

Feezmior – Chili’s Dan Mr IronMan 2

LuthTextile – Dilema menjana pendapatan di Internet

You Might Also Like

18 Replies to “Layan Drag kat Sepang International Circuit”

  1. wah besnya dpt g tgok drift..hubby bwk ek..dpt g paddock plak 2..kalau mieran dpt g sana, mesti bergambar ngan gadis litar..hahaa

  2. akak tak pernah pergi sekali pun.. 🙁 untung anak2 yan tu..
    .-= cikmin´s last blog ..Petua Untuk Tahan Lama =-.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge