Salam semua selamat pagi, tadi baca Berita Harian Online pasal Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat terima ugutan bunuh dari oleh Mohd Safuan Hilmi dalam satu komen di laman sosial, Facebook.

Aduhai diorang nie apa nak jadilah sekarang yea, hari tu kes Aduka taruna menghina Sultan, Adik Rafiqin Darwisy mengutuk Arwah Din Beramboi, dan sekarang pulak kes Ugutan Bunuh Datuk Nik Aziz Nik Mat. Ketiga-tiga kes ini melalui laman sosial Facebook.

berikut petikan Akhbar Berita Harian Online

KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda Pas Pusat semalam membuat laporan polis berhubung kenyataan berbaur ugutan bunuh oleh seorang lelaki dalam laman sosial, Facebook terhadap Mursyidul Am parti itu, Datuk Nik Aziz Nik Mat, Khamis lalu.

Laporan dibuat Ketuanya, Nasrudin Hassan di Balai Polis Chow Kit, di sini kira-kira jam 12.30 tengah hari semalam.

Bercakap kepada pemberita selepas itu, Nasrudin berkata, beliau menyedari mengenai ugutan terbabit, kelmarin selepas membaca komen seorang lelaki menggunakan nama Mohd Safuan Mohd Hilmi yang ditulis pada malam Khamis lalu.

Berita Penuh baca kat SINI yea.

.

Fikirlah sebelum bertindak macam nie, jangan ikut suka hati aje, sekarang nie dunia makin canggih, jangan ingat korang boleh terlepas macam tu aje. Risau jugak sekarang nie sebab sesiapa pun boleh tipu identiti, bukan apa takut ada yang dengki guna identiti kita. So sama-samalah jugak kita beringat, bagi ada anak remaja yang aktif  bersosial di laman-laman sosial kena ada pemantauan jugak, peringatan untuk Yan jugak nie 🙂