Salam semua selamat pagi, semalam merupakan episode ke 2 untuk Sayang Cendana – Slot Lagenda TV3. Frust sangat sebabnya tak dapat nak tengok, kat tempat Yan nie hujan lebat so Astro pun tak dapat buka, nak tengok ulangan Sayang Cendana kat TV9 lagilah tak dapat sebabnya time tu berita TV3 tak abis lagi. Lepas berita pulak nak tengok Hotel Mania, aduhai dilema betul tak tau nak tengok yang mana sebabnya kedua-dua drama nie memang best! tapi semalam layan Hotel Mania 🙂 sebabnya anak-anak pun suka tengok, lagi-lagi bila time menyanyi…ehehe

Oklah harap-harap hari nie dapatlah tengok lagi Sayang Cendana, mudahan tak hujan lebat dan Astro dapat buka macam biasa 🙂

Jom layan OST Sayang Cendana yang bertajuk Cinta ini dari Dato’ Siti Nurhaliza yang di ambil dari laman Video Youtube.

Jom nyanyi sama-sama yea, Yan ada sertakan sekali lirik lagu Cinta Ini 🙂

Betapa Engkau Menyintai
Agungkan Aku Bagai Seorang Puteri
Selalu Kau Puja Diriku Ini
Melayang Aku Tak Memijak Bumi

Namun Terkadang Ku Rasakan
Apakah Sikapmu Tak Berlebihan
Aku Wanita Tak Sempurna
Bukan Sekilaunya Batu Permata

Marilah Bersama Jalani Cinta Kita Apa Adanya
Saling Mengerti Dan Sudi Menerima
Kita Manusia Biasa
Marilah Menjaga Kesucian Cinta Rahmat Yang Kuasa
Saling Berpadu Hati Untuk Berdua
Dalam Dakapan Mesra

Nikmati Suka Berbagi Duka
Seiring Denganmu Aku Bahagia
Genggam Jemari Dan Berjanji