Salam semua selamat petang, apa rancangan korang petang nie? Petang nie nanti Yan dan 3 orang hero nie nak keluar jalan-jalan cari makan, shopping lagi kot sebabnya baru  Terima Duit Hasil Berblogging semalam 🙂 Siapa yang ada kat Area Jusco Bukit Tinggi Klang bolehlah jumpa Yan, kita gi makan-makan nak tak? Yan belanja…ehehee, lepastu malam kang nak gi tengok Race kereta kat Sepang 🙂

Oklah menyetuh pasal tajuk Entry Yan petang ini “Saya bukan Bro ataupun Pakcik Yanmie“, sebenarnya dah lama rasanya nak buat entry nie tapi asyik lupa aje, sebab ingatkan semua orang dah tahu siapa dia ‘Yanmie’, sama ada seorang lelaki, perempuan, mak dara, anak dara, makcik, pakcik, nenek ehehehe 🙂

Ini disebabkan komen kat entry Trafik Yanmieonline akhirnya mencecah 5K seminggu dan jugak dari twitter Yan. Meh tengok yea 🙂

Ini adalah komen dari Meow, kelakar je tetiba Yan jadi Bro…ehehe

Dan ini pulak dari jhafiz, terkejut sekejap sebabnya tetiba ada yang memanggil dengan nama Pakcik Yanmie, kalau Makcik Yanmie tu takdelah terkejut sangat…ehehee

Tapi oklah diorang pun dah tahu yang pemilik blog ini adalah seorang Wanita Suri Rumah sepenuh masa yang rajin mengutuk keybord 🙂

Sebenarnya memang ramai yang ingat blog nie dimiliki oleh seorang ‘bro’, hem adakah cara penulisan dan sentuhan Yan kat blog nie seperti pemilik blog lelaki?? kat twitter lagilah kelakar bila yang tweet kata ramai yang ingat Yanmie seorang lelaki….ehehe rupanya 70% memang ingat yang Yanmie adalah seorang lelaki..wakaka but now dah ok dah beramas mesra dengan diorang 🙂 then dah taulah pemilik blog nie adalah seorang Wanita Suri Rumah. hem diorang nie mesti kes tak baca ABOUTME, kalau tak takdelah tersalah…ehehe

Pssttt!! hari nie Yan sibuk sangat, sibuk dengan kerja-kerja rumah, basuh 2 bilik air, kemas stor yang Yan sepahkan 2-3 hari lepas, potong rumput kat halaman rumah, erk!!! heehe tak potong lagi pun, jenguk je kt rumput2 depan rumah nie…:)