Selamat Hari Ibu buat Kedua Mak Tercinta

yanmie 35

Salam semua selamat berhujung minggu, di sini Yan ingin mengambil kesempatan ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Ibu kepada semua Ibu-ibu di malaysia, di dunia dan terutamanya pembaca blog ini yang bergelar seorang ibu, dan Istimewa untuk Mak Yan, Mak Mertua, Adik Yan yang bernama Izan dan tak lupa ย jugak buat diri sendiri…ahaks ๐Ÿ™‚

Tetiba pulak syahdu rasa hati mengenangkan akan pengorbanan Mak sejak Yan kecil hinggalah Yan bergelar seorang ibu. Yan di fahamkan sejak Yan kecil lagi Yan memang patuh pada orang tua, rajin, seumur hidup Yan mana yang Yan ingat Yan tak pernah berkasar dengan Mak atau pun Ayah, tidak pernah sekali Yan bersuara tinggi, sila percaya ok! bukannya nak membangga diri, mungkin inilah salah satu sikap yang orang tua yan terapkan kepada anak-anak semasa kecil dulu dan sehingga kini. Amin…

Setiap kali Hari Ibu dan Ayah mesti kami adik beradik semua berkumpul dan memberikan kejutan dengan orang tua, terutamanya adik Yan Ifah dan kakak yang banyak memberikan kejutan pada Mak dan Ayah, yelah Yan dengan adik lagi seorang tu duk jauh, kami hanyalah dapat mengirim sms dan menelefon sahaja, alangkah indahnya kalau kami berada disisi mak sekarang, akan ku peluk erat Mak ๐Ÿ™‚ *alahai feeling sudah* terima kasih mak atas kasih sayang dan pengorbanan yang diberikan dari mula Yan berada dalam perut mak sehinggalah Yan berjaya melanjutkan pelajaran dan kini bergelar seorang ibu, secara tidak langsung Yan dapat rasa apa yang Mak rasa, bukannya mudah untuk menjadi seorang ibu. Tahniah jugak buat mak kerana mendidik kami dengan baik dan penuh dengan rasa kasih sayang ๐Ÿ™‚

Pada Mak mertua pulak, terima kasih atas kasih sayang yang diberikan, tidak pernah sekali pun Yan rasa diri ini seperti berada di tempat lain, mak mertua memang baik sangat, kami boleh bergurau senda tak ubah rasa bersama dengan Mak Yan sendiri. Mak mertua sangat penyayang orangny, tak pernah sekali pun membezakan anak menantu, semuanya mendapat layanan yang sama. Terima kasih mak, kami sayang mak ๐Ÿ™‚

Terima kasih pada kedua Mak Yan+Mie yang tercinta ini atas kasih sayang mereka kepada kami. Kami doakan moga mak berdua di panjangkan umur, dimurahkan rezeki dan diberikan kesihatan tubuh badan….Amin ๐Ÿ™‚

35 thoughts on “Selamat Hari Ibu buat Kedua Mak Tercinta

  1. MAmpir bos. untuk yang pertama kali. Salam kenal. Dalama rangka kunjungan dinas :))

    Websitenya keren. met kenal bos

  2. akak ade 2 jer yer? saya ade 3 ibu. so wish selamat hari ibu utk ketiga2 mereka walaupun lambat sikit.hehehe
    .-= razisยดs last blog ..Deorang Ingat Aku Bodoh Ke? =-.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge

Next Post

Mia Sara Nasuha โ€“ Amani di Adamaya TV3

Salam semua, seperti yang semua maklum sekarang nie siri Slot Akasia di TV3 yang bertajuk Adamaya menjadi bualan orang ramai tak kira di tempat kerja, tempat menunggu bas, kedai mamak, dimana-mana sahaja semua orang bercerita pasal Drama Adamaya nie. Aku jugak tidak ketinggalan menonton Drama Adamaya ini, jalan cerita yang […]

Subscribe US Now