Salam semua, hari nie sebelum menulis apa-apa entry, Yan memang wajib akan masuk ke site Nuffnang untuk melihat berapakah trafik yang Yan dapat semalam, dan memerhatikan apakah keywords yang selalu masuk ke blog ini dan secara tidak langsung Yan dapat tahu apa yang readers suka baca dan cari 🙂

Semalam terkejut jugak sebabnya dah macam *Hari Ini Dalam Sejarah* ehehehe, trafik blog untuk pertama kalinya mencecah 1K, Yan akui memanglah Yan tak sehebat blogger lain yang boleh dapat trafik blog lebih 1K sehari, Yan dapat 1K nie pun dah jakun sangat tau!! sebab tak pernah dapat, tapi syukur dapat jugak merasa, nak menten tu yang susah. Bestnya kalau dapat trafik macam Hanis Zalikha dan Redmummy kan 🙂

Rasanya inilah perkali kali Yan reveal trafik blog Yan, selalunya Yan letak gambar keywords dan buffered aje, sebab apa? taknak orang kata menunjuk atau pun riak. Yelah nanti orang kata, eleh Perasan macam bagus je dia.

Sebenarnya ramai jugak kawan-kawan yang suruh Yan posting pasal trafik blog, diorg pun tak tengok jugak, sebelum nie Yan tak reveal sebabnya Yan sendiri ada target, kalau dapat 1K baru Yan reveal kat blog…ehhee, see dah dapat 1K, so haruslah Yan share dengan korang semua 🙂 terima kasih jugak pada kawan-kawan semua sebabnya secara tidak langsung korang dah menyumbang trafik ke blog nie 🙂 Terima Kasih semua!.

Pagi nie sajalah buka Earning nuffnang, duk fikir-fikir nak cashout ke tak? eehehe, dan Yan ternampak ada lagi 2 buffered yang masuk pagi nie, patutlah semalam 2 ads tu gedik berganti-ganti. Tapi yang tak bestnya sebab berada di ads format yang sama…hahhaaa, kalaulah di bahagian ads yang berbeza kaya eden…ekekeke, harap-harap buffered nie lambatlah lagi metered 🙂