Salam semua, dek leka update blog yang lain tak ingat pulak blog ini belum berupdate lagi..ehehe, see betapa bizinya sampai ada banyak blog 🙂

Oklah nak cerita pasal semalam tengok Ilmu Alam Ghaib, yang semalam punya tak silap episode ke 2 punya kot, Pasal Sihir dan episode pertama hari tu Yan ada tengok jugak minggu lepas pasal SAKA, pasangan suami isteri di ganggu oleh ilmu SAKA di kinabatangan Sabah.

Gambar amik dari Facebook Ilmu Alam Ghaib TV3

Yang bestnya TV3 siap tunjuk macam mana cara nak menyembuhkan mereka-meraka yang terkena sihir, SAKA atau yang sewaktu dengannya.

Yan suka dengan pendedahan yang TV3 buat nie, sekurang-kurangnya dapat membuka mata masyarakat yang masih lagi mengamalkan ilmu ini agar kembali ke jalan yang benar.

Nota Yanmie : Mudahan kita dijauhkan dari perkara-perkara syirik macam  nie