Salam semua, seperti yang semua sedia maklum buat penggemar Drama Slot Akasia di TV3, Drama Shah Jihan sudahpun melabuhkan tirainya pada khamis yang lalu, dan kini muncul pulak drama baru yang menggantikan Drama Shah Jihan iaitu Drama yang bertajuk Ilusi di Slot Akasia TV3
Barisan Pelakon Drama Ilusi di Slot Akasia TV3
Drama Ilusi ini akan di tayangkan bermula 21 Jun 2010 dan macam biasa waktu tayangannya 6.30 petang setiap Isnin hingga Khamis di TV3. Berikut Sinopsis Drama Ilusi.
TIADA sesiapa yang bakal mengetahui masa depan mereka. Namun, apakah ia merupakan sesuatu anugerah yang berharga kepada Lyza lakonan Diana Rafar yang berkebolehan melihat masa depan?
Ia adalah sebuah lagi drama menarik di slot Akasia berjudulΒ Ilusi terbitan Asia Media Content, arahan Liza Ismail. Skrip dihasilkan oleh Nor Faznita Md Nor akan mula bersiaran pada 21 Jun 2010.
Drama yang mempunyai 24 episod tersebut membariskan Diana Rafar, Ashraf Muslim, Ryzal Jafar, Baharudin Omar, Mahmud Ali Basha, Azhar Sulaiman, Liza Abdullah, Wan Elyas, Ika Nabila, Abby Abadi, Zamarul Hisham, Sharulzaman dan Fikhree Bakar.
Sewaktu belajar di kolej, Lyza, Shahril (Ryzal Jaafar) dan Rizal (Ashraf Muslim) berkawan rapat.
Lyza dan Shahril mempunyai telepati yang boleh membaca fikiran masing-masing.
Akhirnya, Shahril melamar Lyza setelah didorong oleh Rizal. Lyza telah mendapat alamat bahawa seseorang akan terbunuh dalam kemalangan jalan raya dengan hanya melihat bayangan jam tangan yang dipakai oleh Rizal.
Tanpa diduga, Shahril terbunuh dalam sebuah kemalangan jalan raya sebelum hari perkahwinan mereka.
Lyza terus bermurung dan kerap mendapatkan alamat-alamat itu dengan memegang baju Shahril. Ryzal pula sentiasa menemankannya dan memberikan semangat kepada Lyza
Kebaikan Ryzal disenangi oleh ayah Lyza, Hameed dan datuknya, Mansor. Selepas Lyza berkahwin dengan Rizal, tanpa disedari dia kini berdepan dengan ancaman.
Alangkah terkejutnya apabila mengetahui kematian Shahril sebenarnya sesuatu yang telah dirancang.
Apakah kuasa telepatinya dan visi-visi Lyza dapat menyelesaikan misteri yang berlaku dalam kehidupannya?
Kredit to Mstar
Pelakon utama Ashraf Muslim dan Diana Rafar
Sama-samalah kita saksikan nanti Drama terbaru di Slot Akasia TV3 yea, harap-harap drama nie lagi best dari Shah Jihan π
Nota Yanmie : Tak sabar nak tengok Janji Kekasih Malam nie π
ape ksudahan cerita ilusi ea??
π
Luve this drama!!!!!interesting…
bez cite niy
sy chukerw tonton
heheheh aper kesudahan shajihan erk, sy x dpt tgklah ari tue…..erm nmpk menarik citer ilusi nie..kene menghadap nie…kak citer benci bilang cinta pun best gak…
bes ke cerita ilusi ni?
kekeke.
Salam ana j, tak tengok lagi..huhu, citer nie start 21 jun nnti π
baca dari sinopsis mcm best π
hoho best gila ada power
baca dr sinopsis nmpk mcm best…tak taulah nnti mcm mana…sama2lah kita tgk yea..ekeke
Diana cantik ^_^…
wajib tengok ni…shah jihan pon ley tahan..harap2 ni better
Diana mmg cantek π kali nie laki bini berlakon sekali π
shah jihan bestlah jugak tp x sebest adamaya..ekeke..tp cepat sgtlah shah jihan abis kan…
Assalamualaikum kak Yan,
Firstly sorry lama x singgah blog kak Yan, hehe…
Daus igtkan citer ni sambungan NENEK KEBAYA dan disiarkan kat slot lagenda… rupanya bukan… btw, citer ni mmg taste daus… tau2 la kan, daus suka fantasy movie… hehe, lagi2 lakonan Diana… hoho
waalaikumsalam daus, kakyan pun ingat sambungan nenek kebaya..hikhikhik..rupanya slot akasia pnya drama..kahkahkah
tp dr sinopsis nie nmpk mcm menarik je..x sabar pulak nk tgk π