Salam semua, semalam tengok berita terkejut sangat dimana konvoi misi bantuan kemanusiaan ke GAZA telah di serang oleh tentera Rejim Israel, dimana komando Israel menceroboh kapal misi bantuan menyebabkan lebih 10 aktivis bantuan kemanusian untuk penduduk Gaza terbunuh.

Nasib sembilan sukarelawan Misi Lifeline 4 Gaza (LL4G) dari Malaysia dan dua krew televisyen Astro Awani yang berada atas kapal Mavi Marmara yang diserang tentera Israel ketika misi kemanusiaan menghantar bantuan untuk penduduk Palestin di Semenanjung Gaza pagi semalam, belum diketahui.

Setakat tengah malam tadi, sekurang-kurangnya 19 orang dilaporkan mati dan berpuluh lain cedera dalam serbuan komando Israel ketika kapal itu berada di perairan antarabangsa, di luar pantai Gaza. Sumber Berita Harian Online

Sedutan Berita TV3 semalam berkenaan dengan Serangan Israel ke atas Kapal Mavi Marmara.

[zdvideo]http://pmd.mediaprima.com.my.edgesuite.net/u/tv3/pri/buletin/buletin_310510_01_cft.flv[/zdvideo]

Berikut adalah nama-nama rakyat Malaysia yang menyertai Misi Talian Hayat Untuk Gaza (LL4G) yang berada di atas kapal penumpang “Mavi Marmara” milik IHH, Turki ketika diserang oleh komando laut Israel di perairan antarabangsa hari ini. Sumber LL4G

1. Tn Hj Noorazman bin Mohd Samsuddin, HALUANPalestin
2. Dr Mohd Arbai’e bin Syawal, HALUANPalestin
3. Dr Syed Muhammad Haleem bin Syed Hasan al-Haddad, HALUANPalestin
4. Ust Al-Hami Husain bin Suhaimi, HALUANPalestin
5. Mohd Nizam bin Mohd Awang, HALUANPalestin
6. Ust Hasanuddin bin Mohd Yunus, Aqsa Syarif
7. Tn Hj Jamuliddin bin Elias, Yayasan Amal Malaysia (AMAL MALAYSIA)
8. Dr Selamat bin Aliman, Jemaah Islah Malaysia (JIM)
9. Abdul Halim bin Mohd Redzuan, Muslim Care
10. Mustafa bin Mansur, MAPIM
11. Ashwat bin Ismail, Wartawan ASTRO
12. Shamsul Kamal Latif, Juru kamera ASTRO

Nota Yanmie : Sama-samalah kita berdoa agar  mereka-mereka diatas dan jugak  Aktivis sukarelawan dari negara lain dalam misi bantuan kemanusiaan ke GAZA ini selamat, janganlah ada yang buruk lagi menimpa mereka. Moga di permudahkan segala urusan mereka disana…Amin

************

Update Terkini Klik Link Bawah

.

12 Rakyat Malaysia di bebaskan oleh Israel