Salam semua selamat bercuti dan berhujung minggu. seperti yang korang sedia maklum semalam adalah sambutan Ulang Tahun Perkahwinan ke 5 Yanmie . pada yang belum baca tu klik SINI okies 🙂

Fudge Kek Coklat + Blueberry memang marbeles, Order dari IraBakeri

Kami sambut secara sederhana sahaja, insyallah akan celebrate kat luar nanti cuma en.hubby belum ada masa free, maklumlah orang selalu sibuk 🙂 ehehehe…*dear jangan lupa yea LBS* hikhikhik

So semalam en.hubby balik dalam pukul 8.45 malam, lewat jugak kan? nak buat macam mana orang bizi…ehehe, so menu kami semalam agak simple aje..jom layan 🙂

hahaha takde candle light dinner ok! en.hubby Yan tidaklah seromantik orang lain, en.hubby bukan jenis mat bunga…dia pemalu wooo, tak caya tanya CikMin 🙂

Menu semalam cumalah call Dominos Pizza dan Fudge Kek Coklat + Blueberry dari IraBakeri, boleh tahan sedapnye kek dari IraBakeri, tak larat nak perabis 1.5kg ok! nasib baiklah pagi nie Yan suh en.hubby Yan pergi keje bawa separuh Kek tu, kalau tak abis membelon badan nie..ehehe yelah bukannya sikit, dah ler tengah dalam proses menurunkan berat badan, semalam pulak makan yang berat2..huhu. *takpelah bukan selalu, wah! sedapkan hati tu*

Aiman sedang melantak Pizza 🙂

Haziq duk tengok aje kek tu tapi tak makan pun..huhu apa yang gelap2 dia tak lalu makan 🙂

Nota Yanmie : Adegan Suap menyuap suami isteri terpaksa di tapis…wakakaka 🙂 sekian sambutan wedding anniversary kami yang ke 5 tahun, mudahan Allah memberkati rumah tangga kami…Amin 🙂