Salam semua, pagi tadi baca kat blog CikMin terkejut jugak pasal berita perceraian Azrinaz Mazhar Hakim iaitu bekas wartawan penyiaran TV3. Tak cukup dengan sumber yang Yan baca, Yan terus je gagah menggoogle tentang kes perceraian Azrinaz nie. Dulu minat seh dengan dia 🙂
Gambar sumber dari pakcik google yang tampan 🙂
Sangat terkejut dengan berita ini, mana tidaknya rasa macam takde angin takde ribut je…tetiba muncul berita kes perceraian Azrinaz dengan Sultan Brunei, sama jugak masa Azrinaz berkahwin dulu dengan Sultan Brunei…betul2 mengejutkan.
BANDAR SERI BEGAWAN: Sultan Brunei malam ini mengumumkan menceraikan isterinya keduanya, Pengiran Isteri Azrinaz Mazhar Hakim Mazhar dengan talak satu.
Pengumuman khas itu mengenai perceraian itu diumumkan oleh Pengiran Penggawa Laila Bentara Istiadat Diraja Dalam Istana, Pengiran Alaudin Pengiran Abu Bakar melalui web tv Radio Televisyen Brunei (RTB), malam tadi. Kesemua pingat dan darjah kebesaran yang pernah dianugerahkan kepada bekas wartawan penyiaran TV3 itu ditarik balik serta-merta.
Sultan Hassanal Bolkiah, 63, menikahi Azrinaz pada 20 Ogos 2005. Beliau ketika itu berusia 26 tahun sementara baginda berusia 58 tahun.
Perkahwinan pasangan diraja itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Putera Abdul Wakeel, 3, dan Puteri Ameerah Wardatul, 2.
SUMBER : METRO
Gambar sumber dari google images
Gambar Azrinaz bersama kedua anaknya iaitu Putera Abdul Wakeel, 3, dan Puteri Ameerah Wardatul, 2.
Apapun yang terjadi selepas ini mudahan dipermudahkan segalanya buat Azrinaz, moga dia lebih tabah. Ajal, maut dan jodoh semuanya di Tangan Tuhan.
hehehe..akak tak letak sume sumber yang buruk tu..kat komen enrti akak dah ada yang dok buruk2 kan dia tu..
yelah kak..biasalah dia kan rakyat biasa…klu org dh tak suka mcm2 yg buruk diorg duk mengata…
hanya Allah je yang maha mengetahui..mudahan azrinaz tabah dengan semua ujian ini.
Yan pun ada jugak komen yang terpaksa yan moderate kakk…taknak org lg burukkan dia…ada anony yg komen dengan bnyk no ip yg sama..nmpk sgt org tu mmg dengki dgn dia..waulahualam…
lihatlahh.. pangkat, harta darjat..tu semua pemberian Allah…
Allah bagi pinjam sekejap jer…
kalo ko buat jahat… kejap jer Allah bayar cash kat org macam ni..
xyah kesian org macam ni..
hanya pihak istana & Allah jer yang tau apa salah die ni…
yep semua harta di dunia ini hanyalah pinjaman sementara aje.
azrinaz buat jahat apa yea??
mmg bagus pun die tu diceraikan… org hati busuk.. mmg Allah cepat je tunjukkan
Allah Maha Adil
tak baik kita mendoakan perceraian org lain.
mana tahu dia hati busuk?? sharelah info yea..klu ada link sekali lg bagus 🙂 nak jugak tahu punca sebenar perceraian azrinaz dengan sultan brunei
mmg bagus pun deme bercerai… azrinaz tu menyombong orgnye…
dulu kat tv3.. asyik nak menjeling org je.. mcm die sorang je yg bagus,,,
dpn peminat muka manis.. hipokrit sungguh….
sure kat istana asyik nak perintahh org jerr kejenye.. tu kena cerai!!!
tak baik kita mendoakan perceraian org lain.
tgk dr kaca TV mcm ok je orgnya…tp tak tahulah nk kata apa sbb x pernah jumpa 🙂
apakah puncanya
ooo..isteri ke2
tulah wan mcm akak kata tu takde angin takde ribut…tetiba je..
punca maybe diorg taknak heboh2 kot…tp mcm xpuas hati sbb tak tau punca perceraian *ayat menyibuk..hahaha*
aku pun tgh menyibukkn dr menggugel kes ni.
banyak cerite x sedap psl dia la…
tulah aku pun dpt tau camtu gak..tp tak tau apa citer yang x sedap tu..klu tau share lah yea..hikhikhik..gigih gak nie carik cerita yg tak sedap tu..wakaka sibuk aje kan 🙂
kenapa eh? tak da ribut tak da angin, terus bercerai..
kesian Azrinaz. mcmana nk teruskan hidup lepas ni. takut jugak Sultan amik 2 org anak dia tuh. dah laa semua pingat kena tarik balik.
Ya Allah, minta2 dijauhkan dari situasi mcmni..
Feez pn minat gk kt dia kak. Dia ada bakat besar dlm dunia penyiaran.
tulah feez mudahan dipermudahkan utk mereka berdua…kesian kat anak2 aje nanti. minta simpang jejauh dari kita hal cerai berai nie..
azrinaz akak suka sebab petah bercakap 🙂
hmm, hbs macam mana agaknya kos sara diri dia skrg? lps dah diceraikan. kena masuk mahkamah tak kak??
hikhikhik….sama2lah kita tgk berita nnti..ekekee
Blog Updated : Azrinaz bercerai http://bit.ly/a9Fh9b
harap2 lepas nie dia muncul kembali di tv3…
tulah ejam..harapnya macam tu, akak minat giler dulu dgn dia…time tu slim giler lg 🙂
RT: @yanmie: Sultan Brunei dan Azrinaz bercerai http://bit.ly/cd2pbU
Sultan Brunei dan Azrinaz bercerai http://bit.ly/cd2pbU