Salam semua, wah dah malam macam nie baru dapat update blog, semalam ingatkan tak keluar kemana, tak sangka lah pulak malam semalam en.hubby ajak pergi Uptown Shah Alam. Macam biasalah gi cuci mata dan cuci poket 🙂

Sebelum tu masa en.hubby balik kerja dia ada bawa balik Ikan Siakap,  kawan kasik katanya bapak besar giler, berat pun berkilo-kilo, sebenarnya kawan en.hubby pancing ikan kat kolam air masin. kalau air tawar memang Yan tak sentuh ikan nie..haha sebab memang tak makan ikan air tawar 🙂

Inilah dia gelagat anak Yan..haha jakun jap tengok Ikan besar, biasa beli ikan siakap takdelah sebesar ini. Aiman siap nak pegang tu! lepas tu komplen pulak kata ikan tu berat…ehehe

Dan inilah hasilnya Ikan Siakap Masam Manis versi Yanmie…ekekeke 🙂 dan selamat masuk ke dalam perut. Masak separuh aje sebabnya Ikan tu besar sangat, separuh tu pun tak habis, kami perangat pulak untuk menu tambahan lunch tadi 🙂 tak baik membazir kan…

Nota Yanmie : Masa siang ikan siakap nie berperang kat dapur…hahaha 1 jam siang ikan sebabnya saiz ikan yang besar, terpaksa potong dua baru boleh siang 🙂