Salam semua, baru kejap tadi baca berita kat Metro Online, Berita sorotan Global. Berita tentang seorang kanak-kanak berusia 4 tahun maut dalam kejadian terperangkap di dalam mesin pengering pakaian ketika bermain sorok-sorok semalam.
Google Images
Sebenarnya perkara ini terjadi pada anak-anak siapa pun, sebab itu kita sebagai ibu bapa harus tahu dimana anak kita bermain, dengan siapa anak bermain, permainan apa yang anak main, sekiranya kita bersikap sambil lewa maka inilah jadinya, malang itu tidak berbau tapi kita boleh mengelaknya sebelum terjadi. Peringatan buat diri sendiri jugak!!
Perkara nie pernah terjadi pada anak buah Yan jugak, yang masa nie anak buah Yan masih kecik. umur berapa pun tak tahu, macam mana boleh termasuk dalam mesin basuh pun Yan tak tahu sebab Yan tak tengok pun situasi tersebut, hanya mendengar cerita dari MIL…ehehe *jangan ada yang marah Yan share disini…nnggee* syukur takde apa yang buruk berlaku.
Sebenarnya pada kanak-kanak yang masih kecil, mereka menganggap apa yang mereka buat dan lihat semuanya boleh di jadikan bahan mainan, so sekiranya apa-apa yang berlaku kita tidak boleh menyalahkan anak tersebut, maka kita sebagai orang tua lah harus berhati-hati sebab kita yang lebih tahu segalanya dari mereka, apa yang boleh, apa yang tidak boleh, mana yang baik dan mana yang buruk.
Macam anak-anak Yan, kalau diorang bermain secara senyap tak dengar suara bermain memang Yan akan jenguk apa yang sedang diorang buat. sebab anak-anak nie lagi bahaya kalau diorang bermain secara senyap, kita tak tahu dan tak perasan apa yang diorang sedang lakukan. So pada Yan better anak-anak bermain didepan Yan, senang Yan nak awasi segala pergerakan diorang. even tengah bertenet pun..punggah sekali laptop depan diorang 🙂 kalau diorang duk senyap bermain memanglah ada benda tak baik yang berlaku. contohnya masa kebakaran hari tu 🙁 nasib baik tidak ada apa yang teruk, cuma cat balik bilik yang terbakar, dan ada jugak beberapa barang berharga yang terbakar, tapi takpelah anggap aje bukan rezeki. redha dengan apa yang berlaku dan bersyukur sebab ianya tidak membabitkan nyawa. dan seterusnya kejadian tersebut mematangkan Yan dan en.hubby.
Disini Yan kongsikan laporan berita tersebut yea, Yan tau tidak semua yang rajin membaca Surat Khabar even dah ada yang online pun…ehehee so cekidautt 🙂
LONDON: Seorang budak lelaki berusia empat tahun maut selepas terperangkap dalam mesin pengering pakaian ketika bermain sorok-sorok, semalam.
Sonny Gibson dilaporkan gagal keluar dari alat itu selama lebih sejam ketika keluarganya dan polis kelam-kabut mencarinya di kawasan padang berhampiran.
Selepas gagal menemui Gibson, mereka mengalihkan gerakan mencarinya di rumah.
Hanya selepas itu ibu Gibson, Anne Shepherd, menemuinya dalam keadaan longlai.
Walaupun pelbagai usaha dilakukan pasukan paramedik, Gibson gagal diselamatkan dan disahkan mati tidak lama kemudian.
Setakat ini tidak dapat dipastikan sama ada mesin pengering pakaian itu berfungsi ketika Gibson bersembunyi di dalamnya.
Penyiasat juga masih belum menentukan sama ada mangsa kelemasan akibat kekurangan oksigen di situ.
Ketika kejadian, Anne, 40-an, dikatakan pergi membeli-belah di bandar berhampiran, Ashbourne, di Derbyshire, kira-kira jam 10 pagi.
Gibson diletakkan di bawah pengawasan kakak dan abangnya.
Namun, jiran berkata, dia dimaklumkan Gibson mungkin bermain sorok-sorok ketika abang dan kakaknya tidur. – Agensi, sumber dari myMetro
So awasilah setiap pergerakan anak-anak kita, sebenarnya permainan main sorok-sorok ini tak baik, secara tidak langsung ianya mengundang bahaya, tengok aje berita atas tu…sangat menyedihkan!!
Nota Yanmie : Aiyooo bizii lor….hari2 belajar memandu, so kansel balik Klang….huhu 🙁
dulu-dulu, mak ayat guna ayat nanti kena sorok kat hantu. hehe. sso, memang xminat main.
Fuuhhh bahaya main sorok2..ingat nanti anak dah besar nak ajar dia main sorok2..emm cancel niat tu..
sokong 100%
sgt bahaya..takut bila RB dgr.. kena hati2 lps ni.. kakyan ada twitter x? nk add..
memang bahaya, tulah kena selalu tgk apa yang anak2 buat.
nie akak pnya twitter http://twitter.com/yanmie
betul!! zida pun kekdg takut gak ade pape yg jadi kat adik-adik. ye la. zida kan anak sulung, anak sendiri mana ade lagi hahah sekarang ni la zida kena awasi diorang sume..
tulah zida, kita kena selalu awasi diorang..kadang2 diorang nie suka main senyap2 so kita tak tau apa yang diorang tengah buat…
subhanallah…. kesiannya budak tu
btw budak2 kecik mmg mcm tu…kalau senyap ja mesti ada yg tak kena… haiz…kena perhati diorg ni betul2.. time membesar ni …ada ja lah ideanya
yes kak mmg kesian. betul tu klu senyap je adalah benda yang tak kena diorang buat tu…takut betul lah…ades
selalunya tgk org akan wat pagar kat bahagian dapur, xnk bg bdk2 msk ke dapur
yes betul, tp itu biasanya untuk anak kecil, klu untuk anak yang dah pandai sikit biasanya diorang x pasang pagar tu..adeh..cam akak ler nie..huhu..minta dijauhkan…
ciannyer kt budak tuh….. tak tau aper2…
yep betul tu mmg kesian..huhu
ish cam x de tempat lain ker dia nak nyorok..adeh tp budak bkn akibatnye dorang syok main je
tulah kena jaga betul pergerakan anak2 nie..risau wooo yg bahaya tulah diorang nak main.
Memang banyak berlaku, kanak-kanak tersangkit dalam lubang tandas pun ada, dan macam-macam lagi.
Tips untuk elakkan anak lemas di dalam bilik mandi, gunakan penutup pintu automatik (biasanya dipasang di bahagian atas pintu) seperti yang digunakan di pejabat-pejabat, supaya anak-anak kecil tak boleh masuk ke bilik air tanpa kita sedari kerana pintu sentiasa tertutup rapat.
Ini pesanan kawan saya yang punya anak kecil yang ramai so susah nak kawal.
yes betul tu mus, yang pelik tu camne blh tersangkut dlm lubang tandas tu..adeh tetiba risau lak dengan anak, sebab lah nie dia dh pandai ke tandas sendiri…tapi saya temankan lah. takut time saya x tau tu..*peringatan gak nie, thanks!*
btw thanks for sharing yea…
kalau ada air panas dalam cerek atas dapur tu yang kena jaga betul2.. kadang kita tak sedar pun ada anak yang pergi ke dapur..
risau juga.. kita ada anak kecil2 ni.. minta – minta dijauhkan…
yes betul tu qimie, akak memang jaga betul yang nie. mmg klu akak tgh masak apa2 pun kt dapur mmg akak xbg diorang masuk atau main kt dapur. sblm akak masak akak siap2 brg mainan / buku2 untuk diorang…kalau tak mesti diorang meyibuk kt dapur. bahaya woo..buatnya kita terleka diorang amik alih tmpt kita lak…huh..mintak di jauhkan.
huhu…bahaya sungguh…selamat aku time kecik2 dlu main permainan kampung jek…hahaha<<<mcm lari topik jek
Windu nak main galah panjang,konda kondi, kikiki……..
hahahaa bestkan koz klu nk ingat zaman kanak2 dulu..
fuhh,kesiannya….bahaya juga main sorok2 ni…teringat main sorok2 selipar kawan masa kecil dulu..timbus dlm pasir..tup2..hilang betul dan gagal dicari..seb baik kedai selipar dekatje,…
yes betul tu mmg bahaya, klu kita tgk benda nie remeh je tp yang remeh tulah selalunya mengundang bahaya…huhu
ishhh..bahaya betul la budak tu..dalam mesin pun dia nak main..sape la kasi idea bernas tu..
tulah pasal kak, budak2 nie apa yg dia nampak semua diorang ingat mainan, bahaya tu mmg diorang x nmpk dh klu dh seronok sgt bermain.
yan…dah dapat lesen bau balik klang…sori out of topic..hihihi..
haha yan balik kejap je kak..:P
kadang2 takut jugak nak tinggal budak2 pastu kita nak pergi dapur ke .. tandas ke .. mesti kena minta tolong orang lain perhatikan .. huhu
yes betul tu..klu akak nie memang x ketandas ler jawabnye 🙂
btl tu…
kalu diorg senyap jek.. ada la bende yg x sepatutnya diorg buat main…
ye kakngah, klu anak2 yan nie mmg jenis mcm tu lah..klu senyap je adalah tu diorang buat 🙂