Belajar memandu di Litar dan Jalan Raya

Salam semua, semalam Yan pergi kelas belajar memandu di Litar dan jugak Jalan Raya. So far alhamdulillah semuanya ok, semua di dalam keadaan terkawal, dan Yan berjaya drive kereta sang kancil cikgu sampai ke rumah di jengka 13. cuma tulah kaki tak berapa cekap lagi, kadang-kadang boleh tersalah guna kaki untuk tekan brake…ehehe

dah tu cikgu Yan nie pulak jenis dia cepat je tangkap apa yang Yan buat *ha…kaki kiri tak boleh tekan brake, kena guna kaki kanan* hahaha yang nie memang tau sangat tak boleh guna kaki kiri untuk tekan brake, kaki kiri hanya untuk klac sahaja…dan kaki kanan untuk tekan brake dan minyak…wakaka tak biasa lagi cikgu..insyallah rabu nie dah ok bab tekan-tekan tu 😛



Lenguh jugak ler kaki nie sebab cikgu banyak ajar corner dan persimpangan, sebab katanya Yan jalan lurus takde masalah. semalam belajar penggunaan klac, brake dan jugak gear. bawa tu memang boleh bawa takde masalah, cuma nak biasakan penggunaan kaki dan nak bagi cekap sekali. tak nak besok ada lesen tapi takut bak bawa kereta 😛

Yang kelakarnya time nie, rasa parking dah betul sangat dah sebab dah tak nampak divider tu, rupanya masih jauh dari petak parking…hahaha korang sila gelak, cikgu Yan dah gelakkan dah semalam, sib baik dia cakap takpe slow2..hahaha kelakarnyaa kalau nak ingat balik…

Rabu nie ada kelas memandu lagi, harap-harap di permudahkan segala urusan untuk Yan, dah dapat lesen nanti boleh join mana-mana event encik biru 😛

Nota Yanmie : Anak-anak cam tak caya je Yan drive sang kancil sampai depan rumah 🙂

You Might Also Like

22 Replies to “Belajar memandu di Litar dan Jalan Raya”

  1. lepas nie bleh ler join geng drift plak..hehe
    seronok tau kak bila dh ada lesen…
    igt lagi mula2 lps dpt lesen sy bwk van abah, kluar parking tak lepas pecah lampu signal depan…lepas tu xbwk keter dh…

    keter mula2 sy pakai auto…2 tahun pakai lepas tu tukar keter manual plak…
    time tuler bljr blk bwk manual cam bljr amik lesen…hehe
    skrg dh hebat coz dh 4 tahun pakai keter manual nie…
    ejam recently posted..Kenapa Ditinggalkan Mereka HIDUP- Hapuskan SEMUA Lagi BagusMy Profile

  2. Teringat masa belajar memandu dulu, memang macam tu… selalu tersalah tekan, asyik kena hamun dengan instruktor….cikgu la tu…

    Tapi yang cikgu sorang ni pulak, asyik… boleh…boleh…boleh… saya buat salah pun dia kata boleh lulus jugak…

    Tapi memang boleh pun, sebab dah semat dalam hati cukup-cukup…”sekali je mesti lulus… tak nak dua kali” sebab nak test kereta jauh beno.. kat Ipoh, kat tempat saya tak ada, sekarang ni nak test kereta kat depan rumah je.

    Tapi dulu tak macam sekarang, nak kena attend kelas dulu, bayaran pun mak ooii.. macam nak ambil diploma.

    Dulu-dulu sempoi…… tapi bila orang dah ramai, jadi sulit

    Bila dah lulus ujian memandu…huh.. heppynya…heboh satu kampung, macam dapat ijazah… tapi kereta tak de nak pandu…hu..hu..hu,

    Sekarang ni lesen tak ada, kerata dah menunggu, murahnya rezeki orang sekarang ni…
    mus99 recently posted..Gangguan Aliran DarahMy Profile

    1. Salam muss, seronok baca pengalaman muss..sengih jugak baca 😛
      yelah takut jugak bila ada instructor yg men cakap boleh..boleh..takut kang kita pun main boleh jugak walaupun xboleh, nasib baik muss mmg boleh 🙂

      samalah cam saya nie amik lesen jaun benar kat jengka pahang sbb kt klang xde org tengok2kan anak, so amik kt kg en.hubby nie jelah, kampung saya jauh kena naik kapal terobang gi sana..eheehe..

      betul tu skrg nie nk amik lesen x mcm dulu, dulu test meja je xde nak masuk kelas bagai. baru nie saya masuk kelas amali rasa mcm rugi sgt sbb bukannya belajar apa pun, duk dengar pengalaman orang tu je…dah tu bayaran untuk amali tu rm 200 klu tak silap, tapi nk buat macam mana dh itu syarat skrg..untuk mendapatkan sijil amali, takde sijil amali tak dapat lesen L..huhu

      memang bertuah orang sekarang nie mcm yang muss kata, takde lesen tapi kereta dah menanti… 😛 tapi saya takde lagi keta yang menanti…haha keta en.hubby ajelah yang ada…

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge