Salam semua, Yan online dari rumah tercenta di Klang, semalam balik bersama 3 hero tercinta, kebetulan takde kelas belajar memandu untuk 2-3 hari nie, so kami ambil kesempatan untuk balik Klang. Insyallah Isnin nie balik semula ke Jengka dan selasa macam biasa ada kelas ย belajar memandu.

Ok nak dijadikan cerita, semalam balik dari kelas belajar memandu memang Yan lah yang drive sampai balik rumah, kebiasaannya anak-anak bermain basikal kat halaman rumah, pelik jugak waktu sampai tu sunyi je halaman rumah, MIL tercenta cuma bagi isyarat yang anak-anak tengah tido.

tup2 bila sampai depan pintu terkejut uuu tengok myhero-hero nie, ingatkan pengsan ke apa..nebes pun ada…hahaha mana taknya tengok aje gambar atas tu ๐Ÿ™‚

Meh kita zoom muka myhero nie yea ๐Ÿ™‚

Alololo memang tersentuh betul rasa hati tengok myhero nie tertido depan pintu dek menunggu kepulangan ibu diorang balik dari belajar memandu. Kebiasaanya pukul 12 tengahari Yan dah balik rumah, tapi semalam belajar lama sikit, belajar bab parking dan naik bukit.

Gambar myhero kat atas tu di snap oleh MyMIL tercenta, tak sangka MyMIL snap gambar diorang tengah tido, apa lagi MMS ler dengan MyMIL..ehehe, memula tu memang ingat nak snap jugak, tapi memandangkan bateri dah habis sebab bergayut dengan CikMin memang tak ingat dunia, telinga panas pun buat bodoh je…hahaha, so tak ambik ler gambar diorang tengah tido, tau-tau MyMIL kata dia ada snap gambar anak-anak. Yan apa lagi…*Mak…nak gambar nie~~* ehehe MyMIL kata *ambik ler* so..yeehhaa MMS ler, nak bluetoothย tak reti nak cari function bluetoothย kat handset MyMIL…ehehe

Nota Yanmie : Hati riang gembira bersamanya ๐Ÿ™‚