Salam semua, entry ini untuk orang pompuan aje yang dah kawen ok! tapi kalau ada orang laki nak baca jugak, silakan….ehehe sharing is caring kan..kan..kot2 nak share ngan wife kan?
“Kitaran haid wanita adalah tajuk sangat penting masa student dulu dan selalu masuk soalan esei. Kalau ada pertanyaan, saya cuba jawab. Kalau tak dapat, maafkan saya, anda boleh tujukan soalan kepada pakar sakit puan.” DR.Azwan
KENAPA ANDA PERLU TAHU WAKTU SUBUR WANITA?
Ada 2 sebab utama :-
1. Untuk memudahkan mendapat zuriat
2. Untuk mengelakkan daripada mendapat zuriat.
Kedua-duanya adalah sama penting. Ilmu ini mungkin boleh anda sebarkan dan digunakan secara praktikal.
FAHAMI KITARAN HAID
Saya cuba permudahkan sebab kitaran haid ni agak kompleks dan payah sikit nak paham. Tetapi cuba fahami. Kitaran haid wanita berlaku setiap bulan secara puratanya ialah 28-30 hari. Tapi wanita masing2 ada kitarannya sendiri ada 25 hari ada yang lambat sampai 35 hari. Tetapi secara puratanya ialah 28-30 hari.
Terdapat beberapa fasa di dalam kitaran haid. Anda perlu memahami fasa ini.
Hari 1-4
Ini dipanggil fasa pengeluaran haid (menstruation) – ketika ini darah haid keluar. Hari pertama period adalah penting untuk diketahui kerana ia adalah di mana fasa ini bermula. Pada hari pertama haid datang, ia perlu ditanda di kalendar dan tamat selepas berapa hari. Sebaik-baiknya ditanda setiap bulan sekiranya anda ingin merancang untuk mengandung. Anda boleh mengagak kitaran period anda beberapa hari di dalam sebulan.
Hari 5-13
Ini dipanggil fasa follicular. Pada fasa ini, hormon estrogen meningkat. Ketika fasa follicular ini, darah akan berkumpul di dinding rahim dan menebal untuk persediaan mengandung. Di kawasan ovari pula, telur yang berada di dalam bekasnya akan menjadi semakin matang.
Hari 14
Waktu inilah satu proses peneluran yang dipanggil ovulasi berlaku. Telur akan terkeluar daripada sarangnya disebabkan oleh peningkatan mendadak sejenis hormon yang dipanggil Luteinizing Hormone (LH). Telur ini sekiranya tidak disenyawakan oleh sperma akan mati dan hilang. Sekiranya ia disenyawakan, ia akan turun melalu saluran falopio ke rahim.
Hari 15-28
Ini dipanggil fasa luteal atau fasa secretory. Selepas telur dikeluarkan dari sarangnya, sejenis hormone dipanggil progestrone di rembes daripada sarangnya (corpus luteum). Ini menyebabkan dinding rahim semakin menebal. Setelah progestrone semakin berkurang kerana tiada persenyawaan berlaku, maka dinding ini akan runtuh sebagaimana runtuhnya tembok Berlin. Proses akan mengalami kitaran semula pada hari 1.
Setelah anda faham kitaran haid di atas, waktu yang terbaik untuk bersama suami-isteri ialah pada hari ovulasi berlaku. Ini adalah kerana ketika itu telur baru sahaja keluar daripada sarangnya.Bilakah secara tepat ia berlaku? Sebenarnya ia adalah lebih kurang 14 hari daripada hari pertama period seterusnya atau ketika fasa luteal bermula.** (14 days from the 1st day of your NEXT period – NOT your previous period)
Tak faham? Macam ni. Katalah dia period 28 hari, maka hari subur ialah 28 hari – 14 hari = 14 hari. Jadi, hari ke 14 itu adalah hari subur. Katalah period bulan itu 30 hari, maka 30 hari – 14 hari = hari ke 16 ialah hari subur bukan lagi hari ke 14. Sekiranya periodnya 35 hari maka 35-14 = hari ke 21 adalah waktu suburnya.
Ini adalah kerana fasa luteal pada kiraanya adalah biasanya tepat 14 hari setelah berlakunya ovulasi, sedangkan fasa folicullar boleh berubah2. Jadi waktu subur adalah 14 hari sebelum hari pertama period yang seterusnya. Sekiranya period anda adalah tetap 28 hari, tak jadi masalah untuk mengira waktu subur anda. Sekiranya period anda berubah-ubah, inilah timbulnya masalah mengira waktu subur. Sumber dari Dr.Azwan
Nota Yanmie : masih tak faham??? pi jumpa doktor sakit puan…ehehe
maybe yang xpandai nak agak2 tu dorg ni irregular period..mana nak tau cycle bulan ni berapa hari, 28 ke,29 ke,30 ke…so dorg xleh la tolak ngan 14 tu…
Dari Ika yang rungsing
Salam 1 Malaysia:
Saya baru mendirikan rumah tangga pada bulan 12/2012. Setiap rumah tangga amat mengharapkan cahaya mata dalam perkahwinan,sama seperti saya dan suami. Saya mempunyai berat badan 92 kg. Kalau nak di ikutkan kitaran haid saya dalam sebulan adalah 28 hari. Formula doktor untuk dapat tarikh subur adalah 28-14= 14 hari, maknanya tarikh subur saya adalah pada hari ke-14. Saya mempunyai 3 soalan iaitu:
1) Adakah saya boleh hamil jika saya dan suami bersama bukan pada tarikh subur tersebut, ini kerana kami mengalami hubungan perkahwinan jarak jauh (PJJ) dan mungkin sukar untuk bersama pada tarikh subur tersebut.
2) Bolehkan saya makan ubat clomit tanpa nasihat doktor.
3) Adakah disebabkan berat badan yang berlebihan menyebabkan saya sukar hamil.
Segala kerjasama saya dahulukan ucapan terima kasih.
Salam Dr…
Blm 8 sy kegguran..selepas beberapa minggu kegguran bhg perut seblh kanan rasa sakit shj..sy sdh sengkak rahim tetapi ketidakselesaan itu tetap terasa pabila sy dduk bongkok masa nk bangun.adakah ni mslh biasa.
Sy notice period selepas ggur dh stabil cuma bln 11 n 12 ni drhnya agak cair xseperti biasa..utk bln 12 masuk 3hari period drh dh kering..apa pendapat Dr.
Cth sy kitaran haid 32-14 = 18 ialah hari subur sy iye dok btl x?
tumpang tanya, saya mngalami masalah period yg tidak teratur.saya nak tau adakah sehari slpas period (keesokan harinya) jika ML berkemungkinan kah seseorang itu akn pregnant?
katalah kitaran haid 27 hari… waktu subur pada hari ke 13 kan? tapi pada masa yang sama haid masih keluar… jadi bila waktu subur sebenarnya?
salam… nak tanya. kalau bersama pd hari ke 23 slps period, ada kemungkinan ke tuk pregnant. last period 20 nov, tp sampai skg tak dtg period lg.
mybe
salam…nk tanyerrr, klu 2-3 ari bfore period, tu time subur ker tk??? klu kte b’sm ngan suami time tu, ader kemungkinan kerr tuk dpt baby???
kemungkinan tidak… sbb 2-3 before period adalah waktu dinding nk luruh~ sbb dh nk period kan… sebaik2nya kalau berhajat nk dapat baby, hari pertama period dikire sebagai hari 1… tgu sehingga hari ke 11- 16 selepas period… itu waktu percubaan…tp melalui ape yg sy pelajari, waktu terbaik adalah hari ke 14 selepas period ~
iye la kowt..hik3..tp smua tu Allah yang tentukan…thats just only kajian.. ;p….
persoalan…..waktu subur lelaki?
awal pagi..sebelum subuh
lagi info tentang waktu subur wanita di SIHAT SELALU – Waktu Subur Wanita
setiap kali pun kire hari.. agak2 nak sampai waktu subur, hehehehehe~ ups. terjahat pulak komen. tp memang betul pun kan. Tahu tempoh subur tu salah satu tips untuk senang dapat anak 🙂
banyak orang kata lepas period memang masa tu takkan melekat apa – apa. seminggu lepas tu baru la hari subur.
tau gak melalui pembacaan.
kwn sy lekat (prgnt) dua hari slps dia period…
silap…dua hari lps dia habis period
hehe.. RT @yanmie: utk org pompuan yg dh kawen je yea http://bit.ly/aORUx0 opsss!!!
info yang bagus nie kak…tq
yea mmg bagus…wakakakaa 🙂 opss!!
Mcm mne klu saya dtang haid 15 ary bln so ble yer ary sbur sye….bleh share x sbab kn sye bru jer kawen
thanks for the info, dulu pernah baca tapi lupa pulak….
http://innit.nuffnang.com/view.php?id=252262
salam, ur welkam..samalah dulu pun dh pernah terbaca kt blog doktor azwan, bila nk kira2 time subur balik gi google balik sebab payah nak lekat ilmu yang nie..hahaha, so better rasanya share kt sini sambil tu boleh share dengan kengkawan yg lain..kehkehkeh…
utk org pompuan yg dh kawen je yea http://bit.ly/aORUx0 opsss!!!
Blog updated : Cara mengetahui waktu subur wanita http://bit.ly/aORUx0 cekidauutt 🙂