Salam semua, sedang Yan taip entry ini Yan sambil-sambil layan Drama terbaru di TV3 iaitu Drama 8 Bulan tajaan HSBC. menarik jugak buat permulaan episode 1 8 bulan nie. Lakonan pasangan suami isteri iaitu rashidi ishak dan jugak Vanida imran. Drama ini mula ditayangkan pada malam ini iaitu 25hb Jul 2010. setiap hari ahad pukul 10.30 malam dan semestinya di TV3 ๐Ÿ™‚

Untuk Episode 1 Drama 8 Bulan nie menarik sangat sebabnya ada unsur-unsur lawak sedikit, sehinggakan ada jugak 2-3 orang rakan yang tweet pasal drama 8 bulan ini..ehehe. so jom cekidaut pasal Sinopsis 8 Bulan




Sinopsis 8 Bulan di TV3

Linda seorang yang obsesif-kompulsif, tegas dalam pendiriannya dan tahu apa yang dimahukan. Berbeza sekali dari Faizal.

Faizal seorang yang suka bersahaja. Hobinya mengumpul barangan mainan robot. Namun begitu, mereka pasangan yang memang padan, masing-masing mempunyai kekuatan dan kelebihan sendiri.

Bertugas di pejabat yang sama, Linda memegang jawatan sebagai pengurus pemasaran. Faizal pula, meskipun lebih cenderung kepada perniagaan, hanya bergelar pereka grafik.

Sebagai seorang wanita yang pentingkan kerjaya, Linda tidak mahu menjadi seperti kakaknya, Nisa. Nisa telah berhenti kerja untuk menumpukan sepenuh perhatian kepada dua orang anaknya.

Seringkali mendengar aduan Nisa tentang anak-anaknya yang sukar dikawal, Linda berterima kasih dia tidak mempunyai cahaya mata. Berlainan pula Faizal, yang memang mendambakan seorang anak.

Kerjaya Linda mencatat satu lagi peningkatan apabila dia diberi peluang untuk menggantikan tempat seorang pengurus kanan yang sarat mengandung, dan akan berhenti kerja tidak lama lagi untuk menjadi suri rumah sepenuh masa. Bagaimanapun, kegembiraan Linda tidak berpanjangan bila disahkan mengandung. Ini kerana bos-nya tidak menyukai wanita mengandung bekerja di syarikatnya kredit to FB 8 Bulan

So sama-samalah kita tengok episode lanjut Drama 8 bulan ini. sangat best buat permulaan..harap2 endingnya pun best!! drama ini bukan setakat drama, malah rasanya memang ramai yang mengalami situasi ini. so teruskan kesetiaan bersama TV3..yeeehhhaa~~

Nota Yanmie : suka bila shidi kata lekat dah jatuh…hahaha