Duyung Aridinatha TV3 – Gambar Fasha Sandha jadi duyung

yanmie 37

Salam semua, tak lama lagi slot lagenda Dendam Orang Minyak akan berakhir, siapakah sebenarnya Orang Minyk? sama-samalah kita saksikannya nanti. Dan untuk pengganti Drama Dendam Orang Minyak ini nanti iaitu Drama yang bertajuk Duyung Aridinata. bunyi macam best jugak. Drama ni berbentuk fantasi dan romantik komedi, ada 20 episod, dan akan ditayangkan dalam Slot Lagenda di TV3, Isnin sampai Khamis pukul 4.30 ptg.


Harap-harap boleh layan drama nie nanti, bukan apa semasa tayangan drama tersebut Yan berada di kampung en.hubby kat Jengka Pahang. kemungkinan berada disana agak lama sedikit sebab ada urusan yang penting disana. Oklah jom layan sinopsis Duyung Aridinata di Slot Lagenda TV3 dan gambar fasha sandha jadi duyung…ekeke duyung moden gitu 🙂

Sinopsis Duyung Aridinata

Duyung Aridinata ini mengisahkan Raja Singrattdinata yang amat murka apabila putera tunggalnya, Putera Aridinata enggan berkahwin dengan Puteri Antartinka lalu diusir dari Empayar Insangrumpair. Justeru kerana terlalu kecewa dengan tindakan ayahandanya, Putera Aridinata bersama kawan rapatnya, Kurita yang juga seekor sotong berjumpa dengan dukun Mek Melusa yang terkenal dengan kemampuan saktinya di Empayar Insangrumpair.

Drama dongeng ini dengar khabarnya bakal mendapat sambutan sebab adanya Fasha Sandha, dan disamping pelakon yang lain seperti Zack X-Factor sebagai Putera Aridinata, Natasha Hudson sebagai Puteri Antartinka, Tony Eusoff, Rozie Rashid, Maria Farida, Jasmin Hamid, Eizlan Yusoff dan Zain Saidin.

Jom kita layan pulak gambar Fasha Sandha menjadi duyung dan jugak gambar Zack jadi ikan duyung lelakil….ehehe 🙂

So sama-samalah kita saksikan nanti tayangan drama Duyung Aridinata ini nanti yea, setiap selasa hingga khamis pukul 4.30 petang di Slot Lagenda TV3.

Nota Yanmie : Tu diaa….ikan duyung lelaki, berketul tu…Pssttt!! abaikan tajuk entry (ejaan Aridinatha) yang sengaja di typokan, sepatutnya (Aridinata). jangan tanya kenapa 🙂 ehehee….

37 thoughts on “Duyung Aridinatha TV3 – Gambar Fasha Sandha jadi duyung

  1. ZACK NAK KACAK LA DAH ADA BEPUNYA KALAU TAK ADA CELL LA SAYA YA SAYA BOLAH CARI KAN OK KALAU NAK LA OK INI NOMBOR SAYA INI YA 01399326 PANGGIL LA SAYA JASMIN YA OK BYE KITA JOM PE LAGI YA I LOVE U BYE SAYA NAK NOMBOR TALIFON AWK YA SAYANG I LOVE UUUUUUUUUUUUUUUUUUUU………………..JASMIN…

  2. teringin nak jadi duyung tapi masih lagi dlam kelas berenang bosan tul ck keje dier membebel je berenang kat swimmig pool kat umah lagi bagus…………………….

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge

Next Post

Balik kampung ambil lesen memandu kereta

Salam semua, ketika korang baca entry ini, Yan berserta 3 orang hero pujaan hati dalam perjalanan balik ke kampung di Jengka Pahang (kampung En.hubby). Kami keluar rumah lepas solat maghrib tadi. Kali nie Yan duduk  kat kampung lama sikit, maybe 1-2 bulan. Google Images Tujuan Yan balik kampung dan duduk […]

Subscribe US Now