Mr.Lappy jumpa Dr.Pc

Salam semua, petang tadi lappy kesayangan dah keluar dari wad Dr.Pc, syukur alhamdulillah kesihatan Mr.Lappy tidak berapa teruk seperti apa yang Yan sangkakan, kini Mr.Lappy masih lagi bernyawa dan masih lagi menjalankan khidmat kepada tuannya iaitu Puan Yan dan Encik Mie πŸ™‚

Lega rasa hati sebabnya Mr.Lappy hanya sempat menginap di wad Dr.Pc cuma 1 malam sahaja, dan charge penginapan Mr.Lappy cuma RM50.00 bilik siap berhawa dingin lagi πŸ™‚

Mudahan Mr.Lappy sentiasa sihat walafiat hendaknya, taknak lah demam-demam yea, nanti Puan Yan dan EncikΒ  Mie akan susah hati. sebabnya Mr.Lappy dah banyak berjasa pada mereka berdua.dan Mr.Lappy jugak sudah berjaya menghasilkan duit lebih kurang dalam 3K setakat ini, banyak sungguh jasa Mr.Lappy, terutama jasanya kepada Puan Yan πŸ™‚

Nota Yanmie : Seronok sangat Mr.Lappy kembali ke pangkuan kami πŸ™‚

Author: yanmie

Engage me on food review, product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at yanmie82@gmail.com , thank you :)

9 thoughts on “Mr.Lappy jumpa Dr.Pc”

Leave a Reply

Your email address will not be published.