Salam semua, yeehhaa tak lama lagi Nur Kasih The Movie nak masuk panggung, sure pecah panggung nanti. semestinya ramai yang tidak akan ketinggalan untuk menonton Nur Kasih The Movie ini, dimana kesinambungan kepada Drama Nur Kasih yang dahulunya pernah mencetuskan fenomena, melekat uuu kat TV3..haha sehingga menjadi bab wajib perbualan Yan dengan rakan kat YM.

Adik Mia Sarah Nasuha pun ada turut sama berlokon, murah sungguh rezeki adik mia sara nie, rasanya adik mia nie memang ada peluang cerah di dalam bidang ini. dah tu comel sangat, sedap sangatlah mata nie memandang, memang rindukan sangat lakonan manjanye…cepat-cepatlah Nur Kasih The Movie di tayangkan di pawagam boleh Yan usung ke tiga-tiga hero Yan nie masuk ke panggung…yyeeehhhaaa~~~

Watak Amani nie iaitu anak kepada Aidil dalam Filem Nur Kasih The Movie.  sama-samalah kita saksikannya nanti..huh cepat2 lah keluar panggung..

Tiz Zaqyah yang memenang watak Nur didalam drama Nur Kasih kita masih lagi diberi kepercayaan untuk terus memegang watak tersebut. Cantik betul Tiz Zaqyah nie bertudung, manis orangnya..kalaulah dia terus bertudung macam nie sure ramai yang jatuh hati kat luar sana..nnggee~~

Gambar Mia Sara aka Amani Adamaya yang kelihatan turut mengarahkan Nur Kasih The Movie…ehehe, filem ini bakal di tayangkan sekitar Mac 2011

Filem ini dikatakan jauh lebih besar berbanding drama dan bakal menyentap emosi penonton mengenai tragedi yang berlaku kepada watak utama, Adam, Nur Amina, Aidil dan ibunya. Ia mengisahkan cabaran ditempuh Adam dan Nur Amina dalam hidup dan juga cinta mereka dengan memaparkan kekuatan cinta Adam dan Nur Amina. Sumber Budiey dan FB Nur Kasih The Movie


Video atas tu adalah video sekitar penggambaran Filem Nur Kasih The Movie.

Nota Yanmie : Tak sabarnya nak tunggu 🙂