Salam semua, hepi wiken untuk semua. hari nie nak cerita pasal TV SHow RTM2 iaitu Pilih Kasih, ala kan biasa kita tengok rancangan realiti TV yang berbentuk nyanyian dan lawak, kali ini berbeza sedikit dimana rancangan Pilih Kasih ini berbentuk lakonan.
Penerbit program tersebut yang juga aktor terkenal Rosyam Nor yakin 20 peserta yang layak itu mempunyai kredibiliti serta bakat untuk menjadi pelakon ternama pada masa yang akan datang.
“Kebanyakan program realiti yang diadakan sekarang lebih menjurus kepada mencari bakat-bakat hebat dalam bidang nyanyian. Jadi saya harap ‘Pilih Kasih’ dapat membantu industri perfileman negara agar tidak tandus dengan pelakon pelapis yang berkualiti.
“Pemenang ‘Pilih Kasih’ akan diberi peluang untuk berlakon sebagai pelakon utama dalam filem ‘Kekasih’ dan saya mencari lima orang peserta terbaik untuk diketengahkan di dalam filem ini,” jelasnya yang berbangga dengan respon positif yang diterimanya setakat ini.
Katanya lagi melalui ‘Pilih Kasih’ dia turut berkongsi cerita dan pengalamannya sepanjang bergelar pelakon bersama penonton. Katanya dia mahu memberi pendedahan kepada masyarakat bahawa kerjaya sebagai pelakon merupakan kerjaya yang baik dan memberikan impak kepada seseorang sekiranya dilakukan dengan betul.
Bercerita tentang kekuatan ‘Pilih Kasih’, Rosyam menegaskan kekuatannya terletak kepada barisan penerbitannya yang berpengalaman luas dalam industri pembikinan filem, drama, dokumentari dan video. Katanya elemen tersebut sangat penting untuk menerbitkan sebuah program yang berkualiti.
“Selain itu, peserta juga akan didedahkan dengan rutin sebenar seorang anak seni. Ini kerana melalui program ini mereka akan terlibat dengan penggambaran drama bersiri yang mana ianya merupakan tugasan mingguan yang perlu mereka lakukan.
“Mereka akan dibimbing oleh pengarah berpengalaman seperti Along Kamaruddin dan Amy Maziah. Peserta turut didedahkan dengan kelas lakonan teater muzikal yang akan dipimpin oleh Erma Fatima. Kesemua tugasan yang dilakukan oleh peserta ini akan diadili setiap minggu pada Malam Perdana,” ujarnya panjang lebar.
Beberapa pelakon ternama dan berpengalaman juga akan dijemput sebagai tenaga pengajar dalam membentuk peserta menjadi pelakon pelapis yang berkaliber serta dinamik.
‘Pilih Kasih’ masih mengekalkan format program realiti yang lain di mana paparan perjalanan aktiviti harian pelajar akan ditayangkan menerusi jurnal harian yang bersiaran setiap hari Isnin hingga Khamis pada 4.30 petang di TV2 sepanjang 12 minggu program tersebut ditayangkan.
Manakala tayangan perdana (setiap Sabtu, 8.30 malam di TV2) akan memaparkan pertarungan di antara peserta dalam mengekalkan kedudukan mereka. Penonton akan menyaksikan hasil lakonan setiap peserta melalui tayangan drama bersiri 10 minit, lakonan monolog dan teater muzikal yang akan dipersembahkan secara langsung di hadapan penonton selama 15 minit.
Pengkritik tetap yang akan membuat penilaian peserta adalah Dr. Abu Hassan yang juga merupakan Pensyarah Kanan di Universiti Malaya dan Rosyam sendiri. Setiap minggu seorang pengkritik jemputan akan dijemput. Kredit sepenuhnya kepada gua.com.my
Nota Yanmie : Baru je layan Pilih Kasih nie, sebenarnya tak tahu pun sebelum nie pasal rancangan Pilih Kasih nie, nasib baik MIL ada cerita pasal Pilih Kasih nie, best jugak layan…tapi dah banyak ketinggalan bas…huhu 🙂 so untuk musim pertama layan kat youtube aje 🙂
best show ni,sesekali layan gak kalau free
tulah akak layan kat youtube je, walaupun beruk nie sakit tp blm nazak lg..ehehe
er.. apsal aku blh xtau eh..
😛 nampak nau xlayan rtm
samalah kakngan..skrg nie ujibakat musim ke dua dh…aku tgk kat youtube aje…hahaa best tau!
ada pulak ke ? ari tuu dah ada ..
best laa jugak tengoknya =)
kan akak dh kata, akak nie ketinggalan bas..hahhaa. ada ujibakat baru..nnti trylah masuk..haha kot2 dpt
lupa ntah sapa yang menang pilih kasih ari tu..
persembahan minggu bollywood tu best!
tulah samalah dgn akak…dh bnyk ketinggalan bas…yg best tu diorg buat bersungguh..hahaha