Salam semua, lebih kurang 3 minggu sahaja lagi kita akan menyambut bulan ramadan, korang macam mana dah buat persediaan nak menyambut bulan ramadan almubarak? puasa dah abis ganti ke belum? ehehe, jangan ada yang senyap-senyap kata dah ganti walhal tak ganti tu..keh3…

Google Images

Ok disini Yan kongsikan beberapaTips berbelanja dibulan puasa, ada setengah orang berpendapat di bulan puasa perbelajaan rumah dapat dikurangkan, tapi tidak bagi Yan, Walaupun bulan puasa dikatakan bulan mengekang nafsu namun masih ramai di antara kita yang masih tidak dapat melakukannya terutama dalam menghalang nafsu berbelanja. Ada yangΒ berpendapat sama dengan Yan??…meh angkat tangan siapa yang dapat berjimat dalam bulan puasa??? ada?? good!!!

Meh kita tengok tips berbelanja di bulan puasa aka bulan ramadan almubarak. Tips ini Yan dapat dari Majalah Wanita MyMIL keluaran BIL 1092, so cekkidautt πŸ™‚

1. Jangan terburu-buru membeli barang murah

Sewaktu melihat Β jualan murah berlangsung di kompleks membeli belah, jangan sesekali terburu-buru membeli barangan yang di lihat murah. Fikirkan dahulu sama ada anda memerlukannya atau tidak. Sekiranya anda sudah memiliki barangan tersebut, jangan beli. – Yes setuju!!

2. Bandingkan harganya

Jangan tertipu dengan papan tanda jualan murah kerana harganya mungkin mahal daripada harga sebelum diskaun. Untuk mengelakkan diri dari tertipu tidak salah anda bandingkan harga barang yang ingin anda beli di kedai yang tidak melakukan potongan harga. – Yang nie memang Yan takde banding-banding dah..berkenan terus sambar, adoyaiii harus berubah!!

3. Bawa Teman

Salah satu untuk memastikan anda tidak boros, bawalah teman ketika membeli belah tetapi pastikan teman yang anda bawa tidak boros seperti anda. Adanya rakan yang menegur anda cara berbelanja mungkin membuatkan anda berfikir dua kali dalam berbelanja. – Yep betul, en.hubby Temanku terbaik, kalau dengan kawan pasti kelaut…ehehe

4. Buat Senarai

Sebelum anda keluar rumah dengan tujuan untuk membeli belah, buatlah senarai barang yang ingin anda beli. Pastikan anda tidak membeli barangan yang tiada dalam senarai. – Aiyoyo..nie Yan selalu macam nie, dah ada senarai pun still terbabas jugak..huhu!!

5. Peruntukkan jumlah wang untuk berbelanja

Pastikan anda mengehadkan jumlah wang gaji anda untuk tujuan membeli belah supaya anda tidak menghadapi masalah sesudah musim raya. Jangan biarkan wang poket anda mengalir seperti air tanpa had sewaktu berbelanja. – Kena ingat nie yanmie oiii!!!

6. Jangan boros waktu berbuka

Anda bukan sahaja rambang mata ketika melihat potongan harga di pusat membeli belah pada musim raya, melihat makanan di pasar ramadan jugak mungkin menyebabkan anda hilang pertimbangan. Sebaiknya sebelum keluar dari rumah untuk ke pasar ramadan tetapkan terlebih dahulu makanan apa yang ingin anda nikmati sewaktu berbuka puasa nanti – Sila percaya Yan dengan en.hubby memang amalkan tips yang nie πŸ™‚

Nota Yanmie : Baju raya korang berapa pasang? wah!! puasa pun tak lagi..kuikuikui πŸ™‚


By yanmie

Engage me on food review, product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at yanmie82@gmail.com , thank you :)

24 thoughts on “Tips berbelanja di bulan puasa”
  1. […] Dan jangan lupa jugak, di bulan puasa inilah kita banyak membazir, apa yang penting perbelanjaan haruslah ala kadar, *peringatan untuk diri sendiri juga* so cekidaut Tips berbelanja di bulan puasa. […]

    1. betul tu zida rasa mcm kejap je kan nk puasa dh…mcm kakyan selalu msk sendiri, kadang2 je gi pasar ramadan..selalu pesan kt abang je nk beli apa kt pasar ramadan, klu akak yang pergi alamatnya rambang mata..haha

    1. eh bnyk ler tu..ehehe akak pun sama 2 psg gak..xtau ler klu saat2 akhir bertambah..ekeke tp rasanya 2 tu je sbb baru raya thn lepas ada xpakai lg sehelai

    1. salam kak, oh yeker…Yan nie sib baik MIL yang jahit..dah 6thn MIL yang jahitkan baju raya..since tunang ngan en.hubby dulu lg πŸ™‚ xpernah dh antar kedai πŸ™‚

      1. bertuah yan ada MIL yang pandai menjahit..hehehe..akak macam biasa..pi je la masuk butik yang dah ready made..lagipun akak memang dah lama tak hantar taylor..sebab ada sejarah.. πŸ˜›
        cikmin recently posted..UhhsedapnyaMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge