Update dari Kampung

Salam semua, Yan update entry ini dari cybercafe di bandar pusat jengka, kebetulan bersebelahan sahaja dengan kelas memandu, dan hari ini Yan ada kelas komputer untuk ujian statik aka ujian berkomputer pada rabu ini. Doakan Yan lulus ye untuk ujian statik ini, dan seterusnya memperolehi Lesen L. So bila dah dapat Lesen L boleh lah Yan masuk untuk kelas Amali pulak, tak sabar rasanya…ehehe.

Yang bestnya disini untuk kelas memandu tiada had jam yang diperuntukkan, kiranya dia ajar sampai pandai dan cekap. tidak macam disesetengah tempat diorang ajar mengikut jam.

Oklah Yan undur diri dullu, kejap lagi nak masuk kelas. Harap maaf pada kawan2 yang lain kerana Yan tidak dapat menjejak korang balik, insyallah ada kesempatan Yan akan jejak korang balik, Yan sangat sibuk disini disamping kelas memandu. sekiranya tidak ada update itu bermakna tiada talian internet, dan maafkan Yan kerana tidak dapat menjejak korang balik. Insyallah balik Klang nanti Yan jejak balik.

Doakan Yan lulus dan membawa balik Lesen P yea, korang semua jangan nakal-nakal…take care semua, minta tolong tengok-tengokkan rumah Yan nie yea, takut ada yang menceroboh. sekiranya terdapat atau korang kesan cara penulisan di dalam blog ini berlainan dari yang selalunya sila laporkan kepada bespren Yan iaitu CikMin. kerjasama korang semua amat dihargai.

Sekian, salam sayang dari Yanmie *ihik…cam mengarang surat pulak*

Nota Yanmie : Miss my en.hubby πŸ™‚

Author: yanmie

Engage me on food review, product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at yanmie82@gmail.com , thank you :)

37 thoughts on “Update dari Kampung”

  1. Salam ziarah kak Yan,

    1st time datang sini, tapi rasa macam tenang aje bila baca blog ni. Aura kak Yan kot..hehe..
    Harap dapat lulus ujian memandu tu ya. Saya dulu siap mak kena ambikkan air penenang lagi sebab saya kuat gelabah..hehe.

    My Latest Entry: Rasa Marah?

    1. Salam Nia, thanks singgah kemari…wah aura ke?? ekeke…tq πŸ™‚

      thanks yea..mudahan di permudahkan semua urusan kakyan kat sini…x sabar nk jd gile stereng..hahaha..tp tulah agaknye akak pun kena amik air penenang kot sbb nebes gak nie..nnggee~~

    1. Salam eyri, x sangka ada org rindukan penulisan kak yan πŸ˜€ tengkiu..wah! Hehehe.

      Kat sini internet slow sgt, guna berukben celcom je merangkak2 dan semput beruk nie…hehehe. Insyaallah dpt je lesen P terus pecut blk klang…hahaha payahlah bontot asyik panas sbb xblh online…hehehe

  2. waaahhh…selamat memandu yer..ingat saya masa mula2 dapat lesen…mak kata ‘gila stereng” hahahaha..mana2 pun sanggup pi asal dapat pegang stereng πŸ˜›

  3. yehaaaaaa!! dapat kuasa memerintah…kahkahkah…

    p/s gud luck yan..semoga berjaya!

    p/s/s akak akan jaga ‘buah hati’ yan ni ok..jangan risau

    p/s/s/s plisss jangan nakal2 dengan intsructor.. πŸ˜›

  4. jauh tidak bererti terpisah…
    semoga akak cepat2 dpt lesen P, lepas nie bleh ler drift kat lebuh raya karak tu…hehe

Leave a Reply

Your email address will not be published.