Salam semua, baca paper pagi tadi pasal Sos mengandungi alkohol dan arak digunakan sebagai bahan masakan juadah berbuka puasa. Eee seram pulak dengar, macam manalah benda-benda gini boleh terjadi dan terlepas pandang, kesian dengan orang yang dah termakan, nauzubillah!.
Sumber Metro
Itulah yang dibongkar oleh penguat kuasa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) berikutan operasi khas ke beberapa hotel di sekitar Lembah Klang, semalam dan kelmarin. Nampaknya Jakim kena selalu pergi terjah tempat-tempat macam nie, maklumlah benda tu haram dan tahu ajelah bila benda haram masuk dalam badan macam mana??
Dah tu Sekarang nie memanglah tengah ramai yang sibuk-sibuk cari Buffet Ramadhan 2010, tapi pastikan tempat tersebut betul-betul di sahkan status halalnya, jangan main ikut nafsu aje. Syukur macam Yan nie lebih suka memasak sendiri, even kalau diberi kesempatan berbuka di luar pun akan pastikan dimana kami akan berbuka, Ya allah minta dijauhkanlah dari benda-benda haram tu
PETALING JAYA: Sos mengandungi alkohol dan arak digunakan sebagai bahan masakan juadah berbuka puasa. Itulah yang dibongkar penguat kuasa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) berikutan operasi khas ke beberapa hotel di sekitar Lembah Klang, semalam dan kelmarin.
BUKTI…seorang penguat kuasa Jakim menunjukkan botol arak masakan yang ditemui di sebuah hotel, semalam.
Penolong Pengarah Cawangan Pemantauan dan Penguatkuasaan Bahagian Hab Halal Jakim, Amri Abdullah berkata, sepanjang dua hari itu pihaknya memeriksa sembilan hotel dengan tumpuan diberikan kepada hotel yang menawarkan sajian bufet Ramadan.Menurutnya, hasil pemeriksaan itu menemui bukti kukuh arak dan sos beralkohol digunakan sebagai bahan masakan termasuk juadah berbuka puasa di dua hotel.
“Operasi itu dilakukan bagi mengotakan janji Jakim bertegas mengambil tindakan terhadap hotel yang menganjurkan promosi bufet berbuka puasa tanpa mematuhi garis panduan ditetapkan, khususnya dalam aspek halal,” katanya.
Beliau berkata, satu daripada hotel yang menggunakan bahan beralkohol sebagai resipi masakan dikesan hasil operasi terbaru dilakukan jam 11 pagi semalam di pinggir ibu negara.
Menurutnya, pemeriksaan rapi dilakukan di dapur hotel berkenaan yang dibahagikan kepada bahagian penyediaan makanan tempatan serta bahagian dapur khusus makanan Cina dan barat.
“Ketika memeriksa di dapur makanan Cina dan barat, kami menemui deretan botol arak masakan dan sos beralkohol diletakkan di rak khas. Setiap botol arak dan sos itu kandungan alkohol melebihi 10 peratus.
“Selepas disoal siasat, tukang masak di hotel berkenaan mengaku mencampurkan arak dan sos beralkohol ke dalam masakan bagi menambah perisa hidangan.
“Tindakan mencampurkan arak ke dalam masakan yang kemudian disajikan dalam hidangan bufet berbuka puasa jelas perbuatan melampau dan memperdaya pengguna Islam yang berbuka puasa di hotel berkenaan,” katanya.
Amri berkata, berikutan itu dia berjumpa pihak pengurusan hotel terbabit dan memberi amaran terhadap kesalahan dilakukan dan meminta mereka memastikan ia tidak berulang.
“Penjelasan diberikan bagi memastikan mereka mematuhi syarat terutama membabitkan makanan pelanggan beragama Islam,” katanya.
Menurutnya, pihak hotel berkenaan sebelum ini pernah memohon sijil halal Jakim, namun ia ditolak disebabkan mereka gagal mematuhi prosedur dan syarat ditetapkan.
Katanya, penguat kuasa Jakim dibahagikan lapan kumpulan membabitkan hampir 20 anggota untuk melakukan tugas pemantauan di hotel sepanjang Ramadan ini.
“Tujuan Jakim bukan saja mengambil tindakan undang-undang, malah kami cuba mendidik dan memberi maklumat tepat kepada pihak hotel berhubung kaedah bagi mendapatkan sijil halal Jakim. Maklum balas diterima menunjukkan ramai pengusaha hotel tidak faham berhubung kaedah memohon sijil halal berkenaan,” katanya.
Sebelum ini, Ketua Pengarah Jakim, Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz memaklumkan hanya 51 dapur restoran dan premis makanan di 22 hotel di sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur diberikan pensijilan halal Jakim.
Beliau menasihatkan pengusaha hotel yang belum memiliki sijil halal tidak menyalahgunakan mengelirukan pengguna termasuk penggunaan terma ‘Bufet Ramadan’ kerana ia menggambarkan persediaan makanan halal sedangkan hakikat sebenar belum terbukti. Sumber Metro
Nota Yanmie : Tak sabar nak balik kampung malam nie 🙂
So apa tindakannya ye? Sita? Tutup hotel? Setakat kena bayar saman apalah sangat bagi diorang. Lepas ni buat lagi. Huh..
Bagus jugalah diorang buat pemeriksaan macam tu.. taklah nanti orang berabis jaga itu-ini masa puasa, tapi time berbuka makan makanan yang tak halal
eh lan betul sangat tu, tau2lah bila benda haram masuk dalam badan kita, blh jadi darah daging tu..eee nauzubillah!
bagus tgk JAKIM now dok gempur habeh2san… good to see that all the so-called chef dok terkebil2 mcm cicak tertelan kapur time pegawai2 tuh semua ngah spotcheck… x der nk belagak ker haper, topi tinggi rendah ker… pokoknyer management hotel jgn amek mudah n buat x endah jeks…
yes betul tu..harap2 kes mcm nie x berulang lagi, jadi mcm umat islam nie diperalat pulak..mudahan jakim lebih tegas lg, dan wartawan yg buat liputan pun x perlu nak sensor2 brand…ckp je terus hotel mana, barulah umat islam yang lain yakin akan benda yang diorang mkn…hem risau pulak sbb buffet ramadhan menjadi tumpuan time berbuka…adoii
ade gak ker sos alkohol..
xpenah dengar sblm nie…
untuk sedapkan mknn kot..
yep nk bg sedap lah kot..huhu
emm, bahaya lah mcm ni.. baru jer buat post tentang buffet ramadhan ni..
yep memang bahaya…maybe org2 macam tu saje nk ambik kesempatan ke atas org islam
nape la tak ditunjukkan saje label tu kan..letak sekali nama hotel tu..tak yah la rahsia2..biar org ramai tahu..
Yes betul tu bb, patut diorg tunjuk jd x ramailah lepas nie yang tertipu
haiyaaaa, ape brand sos tu? mcm mane nk tau ni, brand ditutup, adesss
tulah pasal…yg menyampaikan berita nie pun satu lah…patut tunjuk aje brand sos tu..nie main tutup2 lagi mcm takut sangat nk dedahkan company tu..yang masalah nnti adalah umat islam sbb tertipu di sebalik isi kandungan dalam masakan…tau ajelah kalau benda haram masuk dlm badan mcm mana, blh jd drh daging tu
dushh,takut nak pi buffet skangni..halal haram diragui…
p/s :tak sabar nak balik kg juga…
betul tu…ok jgklah skrg jakim tegas, sbb tkut nnti lg bnyk pihak yg ambil kesempatan..huhu
blk kg on9 x? kimsalam dgn makngah ye