Salam semua, semalam Yan ada kelas Belajar Memandu macam biasa. sebelum itu Yan ada terdengar perbualan instructor2 kat institut memandu pasal laporan akhbar mengenai Cicak Tokek ataupun dengan nama lain Cicak Gergasi, so Yan pun pasanglah jugak telinga..ehehe

Cicak Tokek aka Cicak Gergasi – harga mencecah puluhan ribu

So balik rumah je terus yan google pasal Cicak Tokek nie, apa yang menariknya tentang cicak tokek nie? Yan sendiri pun tak pernah dengar nama cicak tokek nie. meh Yan kongsikan ngan korang semua yea info pasal cicak tokek nie.

Difahamkan bahwa cicak tokek ini mengandungi suatu zat aktif yang mempunyai sifat theurapetik. fakta ini muncul seperti pada kejadian hempedu beruang yang ternyata juga mengandung zat aktif bersifat theurapetik. Zat aktif tersebut yang masih dalam tahap uji klinikal tahap 1 telah menunjukkan hasil yang signifikan. zat aktif yang diberi dengan nama IUPAC Tri-heksipentafenikol mempunyai sifat menghambat pertumbuhan kanker/metastasis sel kanker, melawan HIV dan H1N1 viral. Sumber Ajaibbenar

Dan sebelum ini jugak ada laporan dari akhbar kosmo.com.my mengenai cicak tokek ini. dan terbaru laporat dari harian metro 2 hari lepas kalau tak silap.

NUNUKAN, Kalimantan Seorang pemuda Malaysia di Kalabakan, Sabah mendakwa dia telah menemui seekor cicak gergasi seberat 64 kilogram di kawasan hutan sempadan dengan Kalimantan, Indonesia lapor akhbar Tribunkaltim.com semalam.

Penemuan itu diceritakan oleh seorang lelaki yang cuma mahu dikenali sebagai Arbin dan tinggal di Kalabakan sempat merakamkan gambar cicak raksasa tersebut.

Menceritakan mengenai penemuan luar biasa itu, Arbin memberitahu, pemuda itu menemui reptilia unik tersebut semasa keluar mencari cicak di hutan berkenaan.

Kegiatan mencari cicak sememangnya popular di sini (Tawau). Saya juga ikut ke hutan dengan tujuan sama, kata Arbin yang ditemui di Tawau pada Isnin lepas.

Semasa keluar memburu itulah pemuda itu secara tidak sengaja menemui cicak bersaiz raksasa itu.

Pada awalnya pemuda itu terkejut dan agak takut kerana saiz cicak itu seperti buaya. Setelah mendekatinya, ternyata ia cuma seekor cicak dan ia tidak dapat bergerak kerana terlalu besar.

Dia kemudian membawa cicak itu pulang, tambah remaja berkenaan.
Menurut akhbar itu, pemuda itu memelihara cicak gergasi tersebut di rumahnya dengan memberi reptilia itu makan daging terutama hati ayam supaya ia tidak mati. Sumber kosmo.com.my

Cicak Tokek Tawau (kampung adik ipar), bapak besar giler…eee geli 😛

Siap timbang lagi cicak tokek nie, harge seekor pun dah puluhan ribu, kalau sekilo tak tahu ler berapa..huhu

Dulu masa Yan kecil-kecil dulu, cicak tokek nie memang berlambak aje ada kat kampung Yan, bukan ada kat pokok-pokok je, malah ada je kat dinding-dinding rumah, lah nie tak tahu lah masih ada lagi ke tak, maybe kalau ada pun kira nasiblah kalau jumpa. tapi bukan cicak tokek yang besar tu, yg kecik-kecik aje, tapi kalau jual tu puluhan ribu jugak untuk seekor pun 😛

Nota Yanmie : Jual beli tokek(cicak besar),Halal atau pun Haram?

 

Klik untuk dapatkan FREE Apple iPad 2!!!!