Salam semua, seperti yang semua maklum Drama Hotel Mania dah pun berakhir, dan esok pulak adalah tayangan episode 1 untuk Drama Asmara. kalau tengok promo drama Asmara nie macam best je, dan lagipun sebabnya drama Asmara nie berkisar tentang masalah sosial remaja, yang banyak berlaku pada masa kini.

Pihak TV3 telah mengambil iktibar daripada masalah sosial remaja yang semakin merunsingkan akibat pergaulan bebas dan kekurangan didikan agama dengan menerbitkan drama bersiri berjudul Asmara untuk slot Lestary. So jom cekidaut Sinopsis Drama Asmara ini.

Asmara mengisahkan Zaliya (Faezah Elai) yang terlanjur dengan teman lelakinya, Raziq (Nazim Othman) sehingga mengandungkan anak luar nikah. Bagi menutup malu, ayah Zaliya, Sahlan meminta Malik membenarkan anaknya, Asmara (Shaz Jazle) mengahwini Zaliya kerana Malik pernah berjanji untuk membalas hutang nyawanya.

Malik yang tidak mengetahui tentang kehamilan Zaliya telah meminta Asmara menunaikan janjinya kepada bapa Zaliya. Walaupun keberatan dan mengenali perangai buruk Zaliya yang sekolej dengannya, Asmara terpaksa setuju dan melupakan perasaan hatinya dengan rakan baiknya Melati (Faralyna).

Pada malam pertama perkahwinan, Zaliya telah membongkar rahsianya malah dia juga memberitahu Asmara bahawa mereka hanya perlu berlakon dan akan meneruskan kehidupan masing-masing seperti biasa.

Asmara yang mengetahui cerita sebenar Zaliya merasa tertipu dan marah kerana dijadikan Pak Sanggup oleh bapanya sendiri dek kerana terhutang nyawa Zaliya pula tidak puas hati kerana dijodohkan dengan Asmara, sering mencari salah Asmara dan meminta diceraikan. Asmara akur dengan permintaan Zaliya dan akan menceraikannya selepas dia melahirkan anak.

Sumber – Mstar.com.my

Drama Asmara ini dilakonkan oleh Faralyna, Nazim Othman, Fiza Elite, Syed Ali, Rahim Jelani, Dian. P Ramlee, Mustapha Kamal dan Fauziah Nawi. Drama 13 episod ini mendapat sentuhan kreatif daripada sutradara Heykal Hanafiah dan juga skrip daripada penulis yang tidak asing lagi Sharifah Abu Salem.

.

Free Laptop Acer Aspire One, klik  SINI

.

Nota Yanmie : malam nie episode akhir drama asmara di TV3

By yanmie

Engage me on food review, product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at yanmie82@gmail.com , thank you :)

49 thoughts on “Drama Asmara di Slot Lestary TV3”
  1. salam…
    ade tak link lain untuk cerita Asmara nih…sbb kekedang ssh jugak nak masuk link yang awak berikan nih…
    TQ

  2. […] Lagu Menyesal dari kumpulan 6ixth Sense merupakan Lagu Tema aka OST Drama Asmara di TV3 yang bersiaran setiap hari selasa pukul 9.30 malam. Untuk Sinopsis Drama Asmara boleh baca di SINI […]

  3. wazy :
    Aritu dah tengok iklan cerita ni
    macam best gak,hehe

    tulah tgk mcm best je sbb sarat dengan pengajaran.

    yanmie :
    eh mmg best…layan ostnye pun best giler…ehehe

    aiyak dh typo..komen dh dabel..patut komen bls utk ost cinta kirana, ehehe maklumlah reply dr dashbord..keh3

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge